Tahniah dan syabas buat mereka yang dah beli rumah. Yang dah beli rumah guna loan bank, saya nasihatkan anda cuba semak semula terma loan agreement.
Kenapa?
Antara perkara penting yang kita kurang faham adalah:
1. Tempoh pinjaman dengan pihak bank berapa lama ?
2. Tempoh coverage MRTT/MRTA loan bank berapa lama ?
3. Berapa jumlah atau berapa % coverage MRTT/MRTA ?
Kenapa penting sangat perkara ni ?
Tahu tak, kebanyakan bank biasanya bagi perlindungan MRTT 7, 10, 15 tahun sahaja.
Tau tak terdapat 3 jenis coverage MRTT yang ditawarkan oleh bank bergantung kepada DSR anda.
Tau tak, berapa jumlah/peratus coverage MRTT yang ditawarkan oleh bank berdasarkan DSR anda ?
Contoh kes klien saya coverage MRTT 100% tetapi TEMPOH pinjaman bank hanya 30 tahun saja. Coverage MRTT/MRTA loan pula hanya 7 tahun. Jangan buat main-main ya!
Kenapa bahaya?
Sekiranya anda hilang upaya kekal (cacat), selepas 7 tahun hutang loan rumah anda tu tidak lagi ada MRTT, mcm mana anda nak buat bayaran bulanan ?
Anda sudah tidak mampu lagi nak bekerja. Anda tiada lagi pendapatan setiap bulan.
Andai pula anda ditakdirkan meninggal selepas 7 tahun, hutang loan rumah anda tu tidak lagi ada MRTT, hutang tersebut perlu dibayar oleh pihak waris. Nak harapkan adik beradik masing-masing ada komitmen, mak ayah pula dah tak bekerja, perbelanjaan bulanan pon harapkan kita adik beradik. Malangnya isteri kita la yang perlu menanggung bala perbuatan kita.
Bayangkan…
Isteri kita suri rumah, tak ada pendapatan, tak bekerja pula. Kita juga yang suruh berhenti kerja dulu. Konon suruh duduk umah jaga anak, jaga makan minum kita. Tapi bila kita meninggal dunia, isteri dan anak terkontang-kanting.
Biasanya, sampai satu tahap bila rumah dah tak bayar berbulan-bulan, bank terpaksa lelong rumah tu. Bermula lah episod si isteri dan anak-anak hidup susah merempat.
So tunggu apa lagi, pergi lah tengok korang punya agreement loan tu. Tengok MRTT cover sampai bila ? Berapa lama ? Berapa jumlah MRTT tu cover ? Atau anda tak pernah jumpa pun agreement loan ? Tak pernah amik tau ? tak tau langsung tentang niv? Atau lepas beli rumah terlupa terus letak mana ?
Jangan risau, jika ingin dibantu boleh hubungi saya untuk sesi konsultasi percuma.
0149887462
shahzaidi.com
Facebook Comments