Bagaimana Merancang Perlindungan Pendapatan Keluarga Sebelum Ketua Keluarga Meninggal Dunia ?

Bagaimana mencipta dana perlindungan keluarga sebelum anda meninggal dunia ?
Adakah dengan cara buat simpanan secara tetap di bank setiap bulan ?, atau ambil pelan Takaful Hibah dengan carumanan tetap setiap bulan melalui syarikat Takaful ?
” SUDAH PASTINYA PELAN TAKAFUL HIBAH PILIHAN YANG TERBAIK “
‘Simpanan’ ini adalah berbentuk geran di mana ia akan dibayar oleh syarikat takaful kepada waris apabila anda meninggal dunia.
Hari ini simpanan ini dikenali sebagai hibah takaful.
Kenapa suami perlu sediakan hibah takaful?
Ini kerana bila suami meninggal, semua aset dan harta akan beku.
Urusan pencairan aset si mati memakan masa dan kos.
Isteri dan waris memerlukan masa dan tenaga dalam mencairkan aset dan harta suami.
Biasanya memakan masa bertahun juga untuk selesaikan.
Jadi dengan hibah, isteri akan dapat quick access cash untuk meneruskan kehidupan sebelum selesai urusan pencairan aset & harta suami tersebut.
Waris yang lain juga tidak boleh menuntut hak ke atas pampasan hibah takaful tersebut kerana ia adalah hak isteri (jika suami menamakan isteri sebagai penerima).
Wang pampasan hibah juga tidak akan dibekukan seperti harta dan aset suami yang lain kerana hibah tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Islamic Financial Services Act (IFSA) 2013) .
Jadi isteri sebagai penerima hibah dapat menggunakan wang tersebut untuk menguruskan perbelanjaan harian di rumah dan juga membiayai pembelajaran anak-anak.

Sharing is caring!

Facebook Comments