Bagaimana Proses Mentadbir Harta Pusaka

Syarat utama bagi proses mentadbir harta pusaka adalah dengan PERLANTIKAN PENTADBIR sebagai pengurus harta pusaka.

Proses perlantikan pentadbir terbahagi kepada 2 kategori :

1) Harta pusaka tanpa wasiat
2) Harta pusaka dengan wasiat

HARTA PUSAKA TANPA WASIAT :
Perlantikan pentadbir dilakukan melalui persetujuan bertulis semua waris faraid yang berhak. Ia juga boleh melibatkan pendaftaran 2 orang penjamin sebagai bon pentadbiran terhadap harta pusaka.

Perlantikan dilakukan samada di institusi berikut :

📌Amanah Raya Berhad
Harta yang ditinggalkan kurang daripada RM 600,000 terdiri dari Harta Alih sahaja.

📌Pejabat Pusaka Kecil (JKPTG)
Harta yang ditinggalkan kurang daripada RM 2 juta terdiri daripada Harta Alih & Tak Alih.

📌Mahkamah Tinggi Sivil
Harta yang ditinggalkan lebih RM 2 juta terdiri daripada Harta Alih & Tak Alih
@
Harta Alih sahaja lebih daripada RM 600,000.

HARTA PUSAKA DENGAN WASIAT
Perlantikan pentadbir (Wasi) dilakukan oleh pemilik harta sendiri semasa hidup. Tidak perlu kepada persetujuan semua waris faraid begitu juga 2 orang penjamin sebagai bon pentadbiran.

Pentadbir yang dilantik boleh mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir terus di Mahkamah Tinggi Sivil dan tidak bergantung kepada nilaian atau jenis harta.

Rancang masa depan keluarga anda yang tersayang. Pastikan pentadbir anda sekarang !

Sharing is caring!

Facebook Comments