Beli Tanah Lot Geran Individu atau Geran Kongsi ?

Biasanya kita beli tanah lot sebab nak buat rumah bukan nak simpan buat pekasam, nak buat rumah pun secara loan bank, bukan tunai, mana ada duit ratus-ratus ribu nak buat rumah.

Nak buat rumah pon bukan nak duduk sekejap je, nak buat kediaman untuk anak cucu cicit juga, rumah untuk waris-waris bila kita dah takda

Jadi sebelum beli tanah lot, semak dulu adakah tanah tu dah ada title/geran individu atau Master Title (geran kongsi);

1) Kalau tanah tu bukan geran individu, tapi Master Title (geran kongsi lot lidi), sebaiknya tak payah terus niat anda nak beli, cari yang ada geran individu, kalau anda beli jugak anda ‘terkena’ la;

2) Kalau tanah tu dah ada geran/ title individu, semak dulu infra/kemudahan asas dah ada ke belum. Jalan masuk & longkang dah ada ke belum. Bekalan air, elektrik dah sedia ada boleh sambung ke rumah atau perlu sambung dari rumah orang atau taman sebelah yang kemungkinan perlu keluar modal ribu-ribu, kalau title individu dah ada tapi kemudahan infra tak ada, mungkin anda tak perlu beli tanah lot tu;

3) Kalau tanah lot tu dah ada title individu, jalan masuk ok, kemudahan infra semua ok, bekalan air, elektrik semua boleh sambung ke rumah tak masalah dan tanpa tambahan kos, boleh la teruskan niat beli tanah lot tu.

Sharing is caring!

Facebook Comments