Cara Bank Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Bagi Peniaga Dan Usahawan Malaysia

BAGAIMANA BANK MENGIRA KELAYAKKAN PEMBIAYAAN BAGI PENIAGA ATAU USAHAWAN?

Anda bercadang nak beli rumah, atau aset untuk masa hadapan ?. Tapi bimbang pinjaman tidak lepas kerana tiada gaji tetap tiap – tiap bulan, tiada slip gaji sebab peniaga atau usahawan yang bekerja sendiri.

Jangan bimbang, mari saya tunjukkan konsep bagaimana seorang peniaga atau usahawan layak untuk mohon pinjaman perumahan melalui penyata bank setiap bulanan.

 

Jom Kita Tengok Cara Mohon Pinjaman Perumahan

Bank mengira kelayakkan pembiayaan usahawan seperti berikut :

Jualan bulanan
Januari 2021 : RM15k
Februari 2021 : RM20k
Mac 2021 : RM22k
April 2021 : RM25k
May 2021 : RM30k
Jun 2021  : RM35k

Campur semua pendapatan 6 bulan ini = RM147,000.00

RM147,000.00/ 6 bulan = RM24,500.00

RM24,500 x 20% = RM4900.00 inilah pendapatan kita. Lain lain itu bank kira sebagai kos & modal perniagaan.

Pengiraan Debt Servis Ratio DSR untuk peniaga adalah 60% sahaja.

Komitmen sedia ada + komitmen akan dibuat / pendapatan

RM1200 + RM800 = RM2000.00 / RM4900 = 41%
DSR masih dibawah 60% maka boleh lepas. Tetapi bank ada kiraan Net Deposible Income (NDI) pula.

NDI atau Net Deposible Income ni ialah kos sara hidup.
Bandar = RM1500
Luar bandar = RM1000

Jadi 4900 – 2000 = RM2900. Lebih tinggi dari RM1500 maka loan boleh lepas. Pendapatan – Komitmen sedia ada + komitmen baru kurang dari RM1500 maka loan sukar nak lepas.

Sekian sahaja topik berkenaan Cara Bank Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Bagi Peniaga Dan Usahawan Malaysia.

Jika ada pertanyaan boleh hubungi saya di whatsapp no 0178078400

 

 

 

Sharing is caring!

Facebook Comments