Cara Jadi Ejen Takaful Berdaftar di Malaysia

Mungkin Rezeki Anda Dalam Bidang Takaful.

Sebenarnya sebagai ejen takaful, niat kita untuk berkongsi tentang ilmu Takaful ni sangat dituntut di dalam agama islam, kerana dalam Takaful ni kita mengajak saudara sesama muslim kita untuk saling menderma dalam tabung Takaful di dalam membantu orang awam yang kita tidak kenali ketika mereka dalam kecemasan.

 

Bagaimana Cara Untuk Jadi Agen Takaful?

Jika anda rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan kelayakan minimum SPM, anda layak memohon untuk menyertai kami secara separuh masa atau sepenuh masa.

Bagi ejen takaful yang memilih secara sepenuh masa, anda bertuah kerana layak mendapat insentif umpama mendapat gaji bulanan. Jika anda pernah jadi agen takaful pun boleh sertai.

Kami juga menjemput agen unit trust untuk mengembangkan perniagaan bersama kami.

Pertama saya akan bantu untuk register peperiksaan takaful (Takaful Basic Examination). Modal untuk yuran peperiksaan hanya RM 80 untuk sekali ambil peperiksaan. Nota dan latihan akan diberikan. Peperiksaan boleh ambil di hujung minggu.

Kedua, selepas lulus peperiksaan saya akan daftarkan anda menjadi agen FWD Takaful. Sediakan salinan IC, no akaun bank dan gambar saiz passport (soft copy)

Ketiga, latihan dan coaching akan diberikan untuk anda memulakan perniagaan takaful anda. Latihan online juga ada untuk anda belajar mengikut masa anda sendiri.

Saya Rumuskan Untuk Lebih Faham

Permohonan Kerjaya Sebagai Ejen Takaful

Syarat Kelayakan (minimum)

1. Pemohon mestilah berumur antara 18 tahun hingga 55 tahun.

2. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR).

3. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (minimum lulus 5 matapelajaran)

 

Peperiksaan Untuk Mendapatkan Lesen Takaful.

Exam TBE (takaful)

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mengambil ujian dari Malaysia Takaful Association (MTA). Ujian berkomputer tersebut boleh diambil di cawangan seluruh Malaysia dan pendaftaran boleh dilakukan secara online sahaja.

Terdapat dua (2) bahagian iaitu:

1. Takaful keluarga (family) – Untuk produk seperti hibah dan kad perubatan

2. Am (general) – Untuk produk seperti insuran kereta

Biasanya, ramai yang akan ambil ujian berkenaan takaful keluarga sahaja kerana mahu fokus kepada hibah dan kad perubatan yang mendapat permintaan ramai ketika ini. Untuk mendaftar, anda juga boleh hubungi kami untuk pendaftaran dan pertanyaan. [DAFTAR]

Jika anda merancang untuk menjadi ejen takaful sepenuh masa dengan elaun tetap RM3,000, kami cadangkan anda sertai program ini [Program Khas]

Kalau saya tak sempat balas segera whatsapp anda, saya mungkin tengah ada appointment atau training. Boleh isi nama dan no tel untuk saya hubungi semula. Klik nombor di bawah sekiranya ada pertanyaan.

Nota: Untuk makluman, saya merupakan Ejen FWD Takaful. Di FWD Takaful. Di FWD Takaful banyak kelebihan yang anda akan dapat sebagai Ejwn Takaful yang sah dan berdaftar. Cepat hubungi saya untuk penerangan secara percuma kerjaya Ejen Takaful di FWD Takaful ini.

Sharing is caring!

Facebook Comments