Cara Semak Wang Yang Tidak Dituntut (WTD)

CARA SEMAK WANG TIDAK DITUNTUT (WTD)

Terdapat 3 cara semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) boleh dibuat iaitu:

a) Di kaunter Jabatan Akauntan Negara Malaysia

b) Secara online melalui pautan portal : https://egumis.anm.gov.my/

c) Melalui warta kerajaan di Perpustakaan Negara

CARA MEMBUAT TUNTUTAN WTD

Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan selepas semakan dibuat (asas)

1) Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pemohon. (borang dimuaturun melalui https://ewtd.anm.gov.my/maklumattuntutan.php )

2) Salinan dokumen pengenalan diri (hadapan dan belakang)

3) Salinan cetakan carian wang tak dituntut yang lengkap dengan nama dan nombor pengenalan empunya sama dengan maklumat pemohon daripada portal eGUMIS.

4) Surat Pengesahan asal daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya nama dan nombor pengenalan empunya tidak sama dengan maklumat pemohon daripada eGUMIS. Contoh surat pengesahan https://ewtd.anm.gov.my/maklumattuntutan.php )

5) Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)

Untuk panduan yang lebih jelas sila rujuk https://egumis.anm.gov.my/faq berikutan dokumen yang dikemukakan semasa membuat tuntutan juga bergantung kepada JENIS WTD, AMAUN dan PIHAK yang membuat tuntutan (contoh bagi kes waris yang telah meninggal dunia atau syarikat)

BAGAIMANA PERMOHONAN WTD PERLU DIKEMUKAKAN?

Permohonan yang lengkap dengan cetakan maklumat wang tak dituntut dan dokumen sokongan boleh dikemukakan secara pos (digalakkan secara Pos Berdaftar) ke alamat :

Pejabat Pendaftar WTD
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur

atau melalui kaunter di kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan seperti di pautan portal berikut: http://www.anm.gov.my/index.php/direktori-ag/direktori-janm-negeri-cawangan-bahagian-akaun-kementerian/maklumat-janm-negeri-dan-cawangan (permohonan akan dihantar ke Ibu Pejabat BWTD, Kuala Lumpur)

Nota :
Pendaftar mempunyai kuasa mutlak dan berhak meminta apa-apa dokumen tambahan walaupun pemohon telah menyertakan semua dokumen yang disenaraikan di atas bagi tujuan pembayaran balik WTD kepada pemohon.

Ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan Wang Tak Dituntut? Sila layari

https://ewtd.anm.gov.my/index.php

-Admin-

Sharing is caring!

Facebook Comments