Carian Rasmi Lot Tanah Di Kaunter Pejabat Tanah

Baru-Baru ini sedang saya melakukan aktiviti melawat kawasan perumahan yang hendak dijual dari owner, saya dapat satu panggilan daripada waris pemilik tanah yang mengatakan arwah ayahnya semasa beliau hidup, pernah membeli sebidang tanah rumah sesebuah berstatus bangunan, dan lot tanah tersebut dah lama tidak diuruskan.

Jadinya, waris berkenaan meminta pendapat saya bagaimana untuk mula menguruskan lot tanah berkenaan. Pertama sekali perlu tahu status dan maklumat lot tanah tersebut.

Apa yang perlu disediakan sebelum ke pejabat tanah adalah maklumat seperti berikut:

  1. Nombor Lot Tanah
  2. Nama Mukim
  3. Nombor Seksyen Lot Tanah (Jika Ada)
  4. Daerah Lot Tanah
  5. Serta Wang RM 50 (Sebagai bayaran proses pencarian Pejabat Tanah)

Perkhidmatan yang disediakan oleh pejabat tanah ini adalah dinamakan perkhidmatan “Carian Rasmi” dan juga “Carian Persendirian”. Kadang-kadang keliru juga di antara kedua-dua proses ini.

Beza antara “Carian Rasmi” dan “Carian Persendirian” adalah carian rasmi bertujuan untuk mendapatkan satu salinan yang sah dari Pejabat Tanah untuk tujuan dilampirkan bersama dengan apa-apa borang permohonan rasmi yang akan dibuat oleh pemohon manakala bagi carian persendirian pula adalah merupakan carian untuk mendapatkan maklumat untuk kegunaan sendiri sahaja.

Proses pencarian ini memberi kelebihan kepada waris untuk mengetahui maklumat perihal lot tanah. Maklumat yang terkandung dalam sijil pencarian itu nanti adalah merupakan segala maklumat seperti yang terkandung di dalam geran asal seperti nama pemilik hakmilik tanah yang sah yang dituliskan juga keluasan bahagian bagi setiap penama hakmilik yang ada di dalamnya, nombor rujukan hakmilik, keluasan terkini tanah tersebut, jenis kegunaan tanah, jenis pegangan hakmilik samada kekal atau pajakan, tarikh luput pajakan tanah, jumlah cukai tanah tahunan serta terdapat juga informasi mengenai perubahan terkini yang telah direkodkan oleh pejabat tanah dalam fail geran tanah tersebut.

Jika waris berkenaan bercadang untuk membangunkan lot tanah berkenaan, maka perlulah disertai dengan satu salinan sah sijil carian rasmi bagi lot tanah tersebut.

Sharing is caring!

Facebook Comments