Compounding Dividen Amanah Saham Bumiputera Financing Ibaratkan Simpan Cash

Dalam pelaburan, compounding merupakan benda yang menakjubkan dalam dunia kerana dividen yang bakal anda terima akan lebih banyak kerana berlaku compunding effect.

TETAPI ‼️
Tetapi tidak kepada pelaburan yang menggunakan Other People Money (OPM) iaitu seperti Pelaburan ASB Financing.

Fahamkan 👇👇👇

1. Buat ASBF kerana nak kembangkan cash.

2. Tetapi kenapa bila dapat dividen (cash), dividen tu anda xnak kembangkan?

3. Alasannya sebab nak compoundingkan dividen. Nak dapat dividen yang lebih tinggi pada tahun depan.

4. Matlamatnya dah betul. Tapi caranya kurang bijak.

5. Kenapa x kembangkan dividen tu untuk dapat lebih tinggi dari dibiarkan dalam akaun ASB je ?

6. Ia ibaratkan anda simpan duit cash dalam ASB SAHAJA.

7. Kenapa nak simpan cash dalam ASB sedangkan kalau guna modal cash dalam ASB tu untuk apply ASBF, anda akan dapat lebih tinggi pulangannya.

8. Jangan biarkan dividen yang dapat tu menghasilkan 7% sahaja sedangkan anda akan dapat lebih dari itu.

Namun

1. Kalau ASBF dah penuh 200k + 200k, cari lah proxy. Kalau proxy xde yg boleh dipercayai, compouding kan je lah.

2. Kalau plan nak beli rumah dalam masa terdekat, compounding kan lah. Jangan lah gi tambah ASBF pulak.

3. Kalau kelayakan loan x lepas untuk tambah ASBF, compounding kan lah.

Sharing is caring!

Facebook Comments