Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Cukai Keuntungan Harta Tanah atau dalam bahasa Englishnya  REAL PROPERTY GAIN TAX (RPGT)

Dalam pelaburan hartanah ni, 2 keuntungan utama yang pelabur harapkan ialah positif cash flow rental dan keuntungan jualan hartanah.

Tapi sedarkah anda, yang anda bakal dikenakan cukai diatas jualan (margin keuntungan) yang anda buat?

Contohnya begini, beli rumah pada 2011 harga 100,000 dan jual pada 2015 pada harga 200,000. Keuntungan yang anda buat ialah (200,000-100,000) 100,000 dan % tax akan dikenakan mengikut tempoh pelupusan hartanah tu. Kalau ikut kes ni, 4 tahun. Dari keuntungan 100,000, kita kene bayar 20% RPGT. Jadi net margin anda adalah 80,000.

Jangan marah, sebenarnya RPGT ni berfungsi untuk kurangkan inflasi harga rumah. Takdalah pelabur beli dan jual setiap hari. Semakin tinggi transaksi jualan, kemungkinan kadar naik akan ada di masa akan datang, demi menjaga pasaran hartanah negara sihat. Sebab kalau terlampau banyak, nanti harga akan naik hanya kerana spekulasi dan demand/supply pasaran pelabur sahaja.

Kemaskini kiraan RPGT baru

Sebelum ni kiraan nilai hartanah dikira berdasarkan nilai hartanah pada 2001, tapi kali ni dinaikkan ke 2013 efektif tahun 2020.

 

Sharing is caring!

Facebook Comments