Ejen Jual Rumah @ Perunding Hartanah – shahzaidi.com

Saya, Shah Zaidi, merupakan seorang Perunding Hartanah Berdaftar (Ejen Hartanah Berdaftar) dengan nombor tag REN 14352 di bawah Agensi Hartanah Bumiputera (Real Estate Agency) di Malaysia dan telah terlibat dalam bidang hartanah sejak dari tahun 2013.

Kelulusan saya adalah di dalam bidang Perancangan Bandar sedikit sebanyak membantu di dalam urusan Rundingan yang melibatkan Hartanah.

Sepanjang kerjaya sebagai Ejen Hartanah Berdaftar ini, saya telah membantu menguruskan pelbagai jenis jual beli dan sewa rumah untuk pasaran sekunder (Subsale Property) serta jualan rumah baharu dari pemaju (Undercon Property).

Saya juga boleh membantu anda untuk urusan jual beli segala jenis hartanah iaitu tanah, lot banglo, rumah teres setingkat atau dua tingkat, apartment, kondominium, perumahan kos rendah, rumah kedai, pejabat, kilang dan lain-lain lagi yang berkaitan.

Sebagai seorang Perunding Hartanah Berdaftar (Ejen Hartanah Berdaftar), saya mengamalkan prinsip profesional dan tertakluk pada akta dan undang-undang yang dikeluarkan oleh kerajaan dan dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH).


Menjadi keutamaan saya sebagai Perunding Hartanah bagi memastikan objektif anda bagi jual beli atau sewaan tercapai. Insyallah kami akan membantu anda sebaik mungkin. Berikut adalah sebahagian servis yang kami tawarkan:

 

Analisis Pasaran Semasa Hartanah
Analisa pasaran semasa penting bagi menentukan rumah anda boleh dijual pada harga yang terbaik dalam tempoh masa yang anda perlukan.

 

Rangkaian Ejensi Hartanah Yang Luas
Gerak kerja berpasukan adalah lebih baik daripada buat sendirian. Ini akan memastikan segala tugas yang anda diamanahkan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan lebih pantas.

 

Semak Harga Pasaran Semasa Hartanah
Kami akan dapatkan harga pasaran semasa daripada bank atau penilai hartanah (valuer). Ini akan menentukan jumlah pembiayaan pembeli akan diluluskan.

 

Rangkaian Bank & Guaman
Network yang baik dengan peguam hartanah dan pegawai bank adalah aset berharga. Ini akan membantu melicinkan urusan pemohonan pembiayaan.

 

Khidmat Nasihat
Konsultasi atau khidmat nasihat bagi urusan jual beli atau sewa. Konsultasi dari persediaan awal hingga penjualan atau sewa selesai.

Pengiklanan Yang Komprehensif
Pengiklanan yang komprehensif menerusi offline dan online. Kami cuba pastikan setiap iklan dilihat seramai mungkin.

“Jadi, Apa Yang Saya Perlu Lakukan Jika Saya Berhajat Untuk Menjual/Menyewakan Hartanah Saya?”

 

KLIK BUTANG DI BAWAH

 

Sharing is caring!

Facebook Comments