Anda dapat beli hartanah dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga semasa.
Anda dapat beli hartanah dan jimat 20%-50% berbanding beli secara biasa.
Ada pelbagai jenis hartanah lelong yang boleh anda pilih.
Anda tidak perlu keluarkan kos untuk sediakan S&P kerana dalam lelong tiada SNP.
Peluang untuk anda dapatkan hartanah lelong yang terbaik sentiasa ada kerana lelongan diadakan hampir setiap hari.
Tidak sampai satu hari anda boleh tahu siapa pembeli untuk rumah yang telah dilelong.
Rumah lelong secara mudahnya adalah hartanah yang akan dijual oleh pihak bank melalui lelongan awam yang diadakan sama ada di Mahkamah, Pejabat Tanah atau ditempat lelongan awam (dewan atau hotel).
Antara sebab utama mengapa rumah boleh dilelong adalah kerana tuan rumah (peminjam) gagal membayar balik pinjaman perumahan kepada institusi bank mengikut tempoh yang telah ditetapkan
Harga rizab (Reserve Price) adalah harga terendah yang ditetapkan oleh pihak bank untuk harga permulaan untuk satu-satu rumah yang akan dilelong. Harga rizab ini ditentukan oleh pihak bank sendiri bergantung kepada pinjaman dan harga pasaran semasa rumah yang akan dilelong. Harga rizab ini dinyatakan dengan jelas dalam POS (Perisytiharan Jualan) yang disediakan oleh pelelong.
Selain deposit 10% untuk beli rumah lelong. Anda juga perlu sediakan lain-lain kos untuk selesaikan urusan pembelian rumah lelong. Antara kos lain yang perlu anda sediakan adalah seperti Fee Peguam, Duti Setem (Stamp Duty), Valuation, Fee Ejen, Perjanjian Pinjaman, Adjudication Fee termasuk kos surat-menyurat, perjalanan, telefon / fax dan lain-lain. Anda juga perlu bersedia untuk tanggung beberapa tunggakan dari pemilik lama jika tunggakan tersebut tidak di tangung oleh pihak bank
Ya!. Masih boleh kerana rumah lelong tiada sekatan dalam hal tersebut. Anda boleh beli rumah lelong mengikut kelayakan dan kemampuan anda. Jika melibatkan loan bank, sila pastikan anda semak terlebih dahulu status kelayakan pinjaman dengan pihak bank sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah lelong
Jika anda gagal untuk mendapatkan rumah lelong tersebut, Deposit (Bank Draft) akan dipulangkan semula dan anda boleh tunaikan semula dengan pihak bank yang mengeluarkannya
Anda dinasihatkan untuk melihat terlebih dahulu rumah lelong tersebut dari luar sahaja. Anda juga boleh lihat kawasan sekitar untuk melihat potensi rumah lelong anda ingin beli. Anda perlu tahu, rumah lelong dijual berdasarkan “seperti sedia ada” dan tertakluk kepada syarat jualan yang telah ditetapkan. Pihak bank tidak mempunyai kunci untuk rumah lelong sama ada rumah itu tidak berpenghuni atau berkunci. Urusan untuk kosongkan rumah adalah tanggungjawab pembeli jika masih berpenghuni
Anda perlu berjaya beli rumah lelong dulu, baru boleh keluarkan KWSP. Anda tidak boleh keluarkan KWSP awal tanpa apa-apa dokumen & bukti pemilikan rumah. Maksudnya anda perlu ada duit sendiri dulu sebanyak 10% sebagai deposit awal untuk masuk lelong. Setelah berjaya nanti barulah anda boleh memohon pengeluaran KWSP
Sharing is caring!
Facebook Comments