FWD Family First Takaful – Pelan Takaful Pertama Di Malaysia Yang Memberikan Perlindungan Penyakit Kritikal Untuk Seisi Keluarga.

Family First FWD Takaful – Pelan Takaful Pertama Di Malaysia Yang Memberikan Perlindungan Penyakit Kritikal Untuk Seisi Keluarga.


Penyakit Kritikal

Anda tidak pasti tentang perlindungan Penyakit Kritikal (CI)?

Berikut soalan-soalan lazim untuk pemahaman anda.

  1. Apakah itu CI dan mengapa saya perlukannya ?

Sekiranya anda diserang penyakit atau mengalami kecederaan yang serius, anda mungkin menghadapi masalah kewangan untuk membayar kos perubatan dan juga hilang pendapatan kerana terpaksa mengambil cuti. Perlindungan CI membantu anda dengan menyediakan bayaran sekali gus sekiranya anda dilindungi daripada kemalangan atau penyakit yang serius, supaya anda boleh memberi tumpuan kepada rawatan pemulihan.

  1. Berapakah jumlah dilindungi yang saya perlukan?

 Ia bergantung kepada:

– Jumlah yang anda perlukan untuk menampung keluarga sekiranya anda hilang pendapatan

– Saiz pinjaman anda dan lain-lain

– Liabiliti kewangan anda

– Jumlah yang anda ingin sumbangkan secara berkala

  1. Adakah Pelan CI juga melindungi sebarang ketidakupayaan yang serius?

Ya, terdapat beberapa ketidakupayaan yang dilindungi, seperti kebutaan, menjadi bisu, pekak dan kehilangan upaya untuk berdikari.

  1. Apakah perbezaan di antara perlindungan CI dan perlindungan Perubatan?

Perlindungan perubatan akan membayar kos perubatan langsung anda, tetapi mungkin terdapat had bagi jumlah yang dibayar, serta tiada jaminan untuk pembaharuan pelan anda bagi tahun berikutnya. Jikalau ada pun, anda perlu membayar sumbangan yang lebih tinggi. Kesannya, anda mungkin menanggung perbelanjaan yang tidak dijangka terutamanya untuk rawatan perubatan jangka panjang yang diperlukan.

Sebaliknya, perlindungan CI memberikan anda dana tambahan secara sekali gus, supaya anda boleh menangani kos yang tidak dijangka mengikut keperluan anda, seperti:

 


Bagaimana Pelan Family First FWD Takaful Ini Berfungsi

FWD Family First adalah pelan takaful sumbangan berkala yang menawarkan perlindungan penyakit kritikal untuk seisi keluarga. Perlindungan untuk pelan ini boleh disesuaikan dengan perubahan yang berlaku dalam keluarga anda dari semasa ke semasa. Berikut adalah ilustrasi yang menghuraikan bagaimana pelan ini berfungsi:

 

  1. Siti dan Ali adalah pasangan baru berkahwin yang menyertai FWD Family First dengan jumlah dilindungi RM100,000.

  2. 6 bulan selepas itu, Siti mendapati terdapat ketumbuhan benigna dalam serviks yang menghalangnya daripada hamil. Pelan FWD Family First membayar RM25,000 yang digunakan untuk rawatan beliau.

  3. Setahun kemudian, beliau hamil. Setelah Adam lahir, Ali menambah bayaran untuk mengemaskini pelan FWD Family First mereka bagi memasukkan anak yang baru lahir.

  4. Pada usia 3 tahun, Adam mendapat jangkitan yang menyebabkannya hilang pendengaran. Pelan FWD Family First mereka membayar RM25,000; wang ini digunakan untuk membawa Adam ke luar negara bagi mendapatkan rawatan daripada pakar yang terkenal dalam rawatan kehilangan pendengaran.

  5. Adam pulih sepenuhnya dan Siti dan Ali meneruskan kehidupan dengan gembira bersama anak mereka yang sihat.

  6. Siti dan Ali memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk Adam mempunyai seorang adik.

  7. Maka lahirlah Zara. Beberapa bulan kemudian, Ali membuat bayaran tambahan untuk mengemaskini pelan FWD Family First mereka bagi memasukkan Zara yang baru lahir.

  8. Siti hamil lagi! Tetapi malangnya dia diserang penyakit paru-paru kronik. Pelan FWD Family First membayar RM25,000 yang digunakannya untuk pembedahan. Syukur, dia pulih sepenuhnya dan mampu meneruskan kandungannya.

  9. Kelahiran Zana menceriakan lagi keluarga ini. Siti dan Ali merasakan keluarga mereka telah lengkap. Ali membuat bayaran tambahan untuk mengemaskini pelan FWD Family First mereka bagi memasukkan anak bongsu mereka.

  10. Malang tidak berbau – Ali terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Pelan FWD Family First mereka membayar RM100,000 yang mereka simpan untuk menampung kos yang tidak dijangka pada masa hadapan.

  11. Siti dan anak-anaknya berhadapan realiti baru dan meneruskan kehidupan mereka dengan penuh semangat. Mereka masih menikmati perlindungan sebanyak RM75,000 daripada FWD Family First tanpa perlu lagi membayar sumbangan.


Manfaat Family First FWD Takaful Secara Ringkas

 

Had Lindungan Keluarga Anda

Sijil anda menyediakan perlindungan keseluruhan untuk keluarga anda bersamaan dengan 250%
daripada jumlah dilindungi.

 

Jumlah maksimum tuntutan yang boleh dibuat

FWD Family First melindungi beberapa keadaan penyakit kritikal utama dan ringan untuk keluarga dan menyediakan manfaat kematian terutama untuk ibu bapa. Manfaat dibayar melalui Dana Risiko Peserta (DRP) tertakluk kepada jumlah baki had lindungan keluarga. Di samping itu, sumbangan masa hadapan akan dikecualikan sekiranya salah seorang ibu bapa meninggal dunia.

 

Nota: FWD Takaful membayar RM25,000 atau 10% daripada jumlah dilindungi (yang mana lebih rendah) untuk angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari.

 

Apa dan siapa yang dilindungi di bawah manfaat kematian ?

FWD Takaful akan membayar amaun paling rendah dari yang berikut:
– 100% daripada jumlah dilindungi; atau
– baki jumlah had lindungan keluarga.
FWD Takaful akan membayar 100% daripada jumlah dilindungi jika salah seorang daripada ibu bapa yang dilindungi meninggal dunia semasa dilindungi oleh sijil anda.

 

Situasi di mana sumbangan masa hadapan dikecualikan

FWD Takaful akan mengecualikan semua sumbangan yang perlu dibayar dari tarikh kematian salah seorang daripada ibu bapa yang dilindungi.

FWD Takaful akan mengecualikan secara automatik sumbangan masa hadapan apabila kami membayar manfaat kematian. Kami tidak akan membayar sebarang jumlah wang tunai di bawah manfaat ini.


Adakah Pelan Family First FWD Takaful Ini Sesuai Untuk Anda

 

Jika anda menjawab ya kepada sekurang-kurangnya dua daripada senario yang dinyatakan di bawah, maka pelan ini sesuai untuk anda.

  1. Kewangan anda akan terjejas teruk akibat kehilangan pendapatan yang berpanjangan.

  2. Anda inginkan satu (1) pelan untuk seisi keluarga yang kosnya kurang daripada beberapa pelan individu.

  3. Anda dan keluarga anda belum lagi memiliki sebarang perlindungan penyakit kritikal.


 

Maklumat Penting Keadaan Penyakit Kritikal Utama Di Bawah Pelan Ini

 

 


HANYA 3 (TIGA) PENGECUALIAN 

ISTIMEWANYA SELAIN DARIPADA TIGA JENIS PENYEBAB KEMATIAN INI, SEMUA AKAN DILINDUNGI

 

  1. BUNUH DIRI : Bunuh diri, cubaan bunuh diri atau tindakan mencederakan diri sendiri dalam masa setahun selepas sijil anda bermula atau tarikh terakhir kami menghidupkan semula sijil anda.

  2. TINDAKAN PERANG: Tindakan perang (sama ada diisytiharkan atau tidak), rampasan kuasa, revolusi, rusuhan atau sebarang peristiwa yang serupa.

  3. TINDAKAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG : Apabila anda atau orang dilindungi secara sukarela menyertai dalam tindakan yang menyalahi undang-undang atau gagal bertindak yang menyalahi undang-undang.


 

Adakah FWD TAKAFUL Patuh Syariah?

 

  1. Kami menguruskan sumbangan anda dan operasi takaful kami berdasarkan kontrak Syariah Wakalah dan berpandukan jawatankuasa Syariah kami.

  • Takaful adalah konsep saling membantu berdasarkan semangat persaudaraan dan solidariti di mana anda dan peserta lain bersetuju untuk memberi bantuan kewangan sekiranya salah seorang peserta lain mengalami kerugian tertentu.

  • Wakalah bermaksud seseorang melantik satu pihak yang lain sebagai wakilnya.

  1. Kami memasukkan sumbangan anda, tolak yuran Wakalah, ke dalam ASP anda. Kami akan menolak tabarru’ dari ASP anda setiap bulan dan memasukkan ke dalam Dana Risiko Peserta (DRP). Tabarru’ digunakan untuk membayar manfaat kepada orang yang layak menerimanya berdasarkan:

  • perpaduan persaudaraan dan kerjasama dalam kalangan peserta; dan

  • terma dan syarat mengikut sijil

     Tabarru’ adalah derma untuk tujuan takaful.

  1. Sekiranya DRP menunjukkan prestasi yang baik, kami akan menggunakan 20% daripada lebihan sebagai Ju’alah dan baki 80% akan diagihkan kepada para peserta yang layak.

  • Jika nilai DRP tidak mencukupi untuk membayar tuntutan, kami akan memberikan Qard yang merupakan pinjaman tanpa faedah kepada DRP.

  • Ju’alah merupakan ganjaran kepada Pengendali Takaful bagi prestasi baik DRP yang akan diuruskan.

 


Income First FWD Takaful Ni Boleh Apply Secara Online 

Saya Agent FWD Takaful  Akan Bantu Anda
Jom kita manfaatkan kemudahan apply produk takaful secara online sahaja.

Hubungi saya untuk info lanjut.

Nota: FWD TAKAFUL merupakan Syarikat Takaful yang pertama di Malaysia yang memberi perlindungan Hibah kepada Pekerja yang berisiko tinggi (Kelas 4 dan Kelas 5) seperti Kakitangan PDRM, BOMBA, TUDM, TLDM, Pertahanan Awam, Tentera Darat Malaysia, MARITIM dan lain-lain badan beruniform.

 

Sharing is caring!

Share

Facebook Comments