Income First FWD Takaful – Pelan Simpanan FWD Income First Takaful Keluarga Kesejahteraan Masa Depan

Pelan Takaful Terbaik Di FWD Takaful

Untuk pengetahuan anda, FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) telah memperkenalkan tiga pelan takaful menarik sebelum ini dan masih tersedia untuk dimiliki pelan hebat ini, iaitu FWD Family First, FWD Future First dan FWD Invest First

Bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan pada masa kini. FWD Takaful telah memperkenalkan satu lagi Pelan Takaful yang mempunyai lebih banyak manfaat iaitu FWD Income First FWD Takaful pada 23 MAC 2021. Hubungi Perunding Takaful Shah Zaidi untuk penerangan dan khidmat nasihat secara PERCUMA.


FWD Income First Pelan Simpanan Takaful Keluarga

FWD Takaful memahami bahawa anda sangat berdedikasi dan telah merancang kewangan dengan baik untuk menyediakan perlindungan buat keluarga anda bagi membina kewangan yang terjamin untuk masa hadapan ,dan anda akan dapat menikmati hasilnya pada masa akan datang.

Namun anda inginkan sedikit simpanan tambahan buat masa ini ?

Simpanan tambahan untuk menampung keperluan luar jangkaan atau mungkin untuk perbelanjaan orang tersayang. FWD Takaful memahami bahawa mengimbangi keperluan hari ini dengan rancangan masa hadapan adalah mencabar.

Dengan FWD Income First, anda kini boleh mengimbangi kedua-dua keperluan ini, kerana anda dan orang tersayang layak untuk mendapatkan pelan takaful yang menepati gaya hidup anda.

FWD Income First ialah pelan simpanan takaful keluarga dengan tempoh sumbangan pembayaran terhad yang menyediakan bayaran tunai dijamin setiap tahun untuk anda menambah simpanan di masa hadapan.

Pelan ini merupakan cara mudah untuk mencapai matlamat kewangan bagi keperluan masa hadapan. Pada masa yang sama anda mempunyai fleksibiliti untuk menggunakan bayaran tunai dijamin mengikut kehendak anda. Pelan ini turut menyediakan perlindungan untuk anda dan orang tersayang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga.


Bagaimana Pelan FWD Income First Ini Berfungsi

Saya bagi contoh situasi berikut:

“Luqman berusia 32 tahun dan baru mendirikan rumah tangga. Dia mendapat berita baik yang isterinya kini mengandung anak sulung mereka. Sebagai persediaan untuk menjadi seorang bapa, beliau mahu memulakan simpanan untuk anaknya selain menyediakan perlindungan tambahan untuk keluarganya yang semakin membesar. Beliau menyertai pelan FWD Income First.

Luqman menyukai pelan ini kerana ia memenuhi matlamat simpanannya dan pada masa yang sama memberikannya perlindungan. Selain itu dia percaya bahawa wang tunai tambahan yang diterima daripada bayaran tunai dijamin tahunan boleh membantu menampung perbelanjaan luar jangkaan semasa membesarkan anaknya. Luqman memilih pelan 20 tahun dengan tempoh sumbangan 10 tahun sebanyak RM6,000 setiap tahun.

Bagi sepuluh tahun pertama tempoh sijil bermula dari ulang tahun sijil yang pertama, Luqman akan menerima manfaat Bayaran Tunai Dijamin (BTD) sebanyak RM1,200 setiap tahun (20% daripada sumbangan tahunan beliau).

Jumlah BTD akan meningkat kepada RM1,800 setiap tahun (30% daripada sumbangan tahunan beliau) mulai tahun ke-11 dan seterusnya sehingga tempoh sijil tamat. Pelan ini turut memberikan perlindungan sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) kepada Luqman sepanjang tempoh sijil serta tambahan manfaat khairat kematian sebanyak RM10,000.

Walaupun Luqman sentiasa berhati-hati dan menjaga dirinya, namun beliau sedar bahawa malang tidak berbau dan kemalangan boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Dalam hal ini, Luqman tidak perlu risau kerana pelan ini akan membayar manfaat kematian atau HUPK secara sekali gus kepada isteri dan anak kecilnya yang boleh membantu meringankan beban kewangan mereka.

Nota: Apabila pelan ini matang, Luqman berhasrat untuk memberikan simpanan yang terkumpul sebagai hadiah kepada anaknya sebagai permulaan simpanan menjelang dewasa. Apabila tempoh sijil matang, Luqman akan menerima sebanyak RM31,200 (520% daripada sumbangan tahunan beliau) atau Nilai Akaun Simpanan Peserta (ASP), yang mana lebih tinggi.”


Manfaat Utama Sijil FWD Income First 

 

Sambil anda menyimpan untuk masa depan, anda juga memiliki simpanan yang boleh digunakan untuk perbelanjaan luar jangkaan seperti hal kecemasan. Pelan Income First FWD Takaful ini membolehkan anda menikmati manfaat Bayaran Tunai Dijamin (BTD) bermula pada awal tahun kedua sijil dan setiap tahun selepas itu. Anda boleh memilih untuk membiarkan BTD anda terkumpul di dalam ASP anda atau memilih untuk dikreditkan ke dalam akaun bank anda.

 


Perlindungan Daripada Ketidaktentuan Kehidupan

 

Nikmati perlindungan tambahan dengan manfaat apabila berlaku kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) atas sebab semulajadi serta jumlah dilindungi berganda bagi kematian atau HUPK akibat kemalangan.

Sebagai tambahan, pelan turut membayar RM10,000 bagi khairat kematian apabila orang yang dilindungi meninggal dunia.


Manfaat Kematian/Hilang Upaya Penuh dan Kekal

 

FWD Takaful memahami apa yang diperlukan oleh keluarga anda setelah kematian orang tersayang atau apabila anda kehilangan upaya. FWD Income First akan membayar Nilai ASP atau jumlah dilindungi, yang mana lebih tinggi, kepada penama anda selepas berlaku kematian atau apabila anda sakit atau cedera yang mengakibatkan anda hilang upaya secara menyeluruh dan kekal.

Jumlah yang dilindungi dikira sebagai peratusan (%) daripada jumlah sumbangan yang dibayar, tolak Jumlah Bayaran Tunai Dijamin (BTD) yang dibayar, mengikut jadual di bawah:


Manfaat Kematangan Dijamin

Menerima pembayaran manfaat kematangan dijamin secara sekali gus pada akhir tempoh sijil. Apabila pelan anda mencapai tempoh matang, kami akan membayar mana yang lebih tinggi:

• Nilai ASP; atau
• Nilai kematangan

Nilai kematangan dikira berdasarkan peratusan sumbangan tahunan seperti jadual di bawah:


Kelayakan Untuk Menyertai Adalah Mudah


Manfaat Pilihan

 

Anda juga boleh menyertai pelan rider berikut bersama dengan FWD Income First bagi meningkatkan lagi perlindungan anda secara keseluruhan:

• FWD Payor Rider
FWD Payor Lite Rider
FWD Critical Illness Rider
FWD CI Waiver of Contribution

Sila layari laman web kami atau bertanyakan Agent FWD Takaful untuk memahami lebih lanjut. KLIK SINI


HANYA 3 (TIGA) PENGECUALIAN 

ISTIMEWANYA SELAIN DARIPADA TIGA JENIS PENYEBAB KEMATIAN INI, SEMUA AKAN DILINDUNGI

 

  1. BUNUH DIRI : Bunuh diri, cubaan bunuh diri atau tindakan mencederakan diri sendiri dalam masa setahun selepas sijil anda bermula atau tarikh terakhir kami menghidupkan semula sijil anda.

  2. TINDAKAN PERANG: Tindakan perang (sama ada diisytiharkan atau tidak), rampasan kuasa, revolusi, rusuhan atau sebarang peristiwa yang serupa.

  3. TINDAKAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG : Apabila anda atau orang dilindungi secara sukarela menyertai dalam tindakan yang menyalahi undang-undang atau gagal bertindak yang menyalahi undang-undang.


Adakah FWD TAKAFUL Patuh Syariah?

 

  1. Kami menguruskan sumbangan anda dan operasi takaful kami berdasarkan kontrak Syariah Wakalah dan berpandukan jawatankuasa Syariah kami.

  • Takaful adalah konsep saling membantu berdasarkan semangat persaudaraan dan solidariti di mana anda dan peserta lain bersetuju untuk memberi bantuan kewangan sekiranya salah seorang peserta lain mengalami kerugian tertentu.

  • Wakalah bermaksud seseorang melantik satu pihak yang lain sebagai wakilnya.

  1. Kami memasukkan sumbangan anda, tolak yuran Wakalah, ke dalam ASP anda. Kami akan menolak tabarru’ dari ASP anda setiap bulan dan memasukkan ke dalam Dana Risiko Peserta (DRP). Tabarru’ digunakan untuk membayar manfaat kepada orang yang layak menerimanya berdasarkan:

  • perpaduan persaudaraan dan kerjasama dalam kalangan peserta; dan

  • terma dan syarat mengikut sijil

     Tabarru’ adalah derma untuk tujuan takaful.

  1. Sekiranya DRP menunjukkan prestasi yang baik, kami akan menggunakan 20% daripada lebihan sebagai Ju’alah dan baki 80% akan diagihkan kepada para peserta yang layak.

  • Jika nilai DRP tidak mencukupi untuk membayar tuntutan, kami akan memberikan Qard yang merupakan pinjaman tanpa faedah kepada DRP.

  • Ju’alah merupakan ganjaran kepada Pengendali Takaful bagi prestasi baik DRP yang akan diuruskan.

 


Income First FWD Takaful Ni Boleh Apply Secara Online 

Saya Agent FWD Takaful  Akan Bantu Anda
Jom kita manfaatkan kemudahan apply produk takaful secara online sahaja.

Hubungi saya untuk info lanjut.

Nota: FWD TAKAFUL merupakan Syarikat Takaful yang pertama di Malaysia yang memberi perlindungan Hibah kepada Pekerja yang berisiko tinggi (Kelas 4 dan Kelas 5) seperti Kakitangan PDRM, BOMBA, TUDM, TLDM, Pertahanan Awam, Tentera Darat Malaysia, MARITIM dan lain-lain badan beruniform.

Sharing is caring!

Facebook Comments