Jenis Kanser Berbahaya: Kanser Adalah Penyakit Kritikal Yang Dicover Oleh Takaful Penyakit Kritikal

Ngeri bila dengar penyakit kanser kan ? Penyakit Kritikal Yang Tidak Di Undang.

kanser ni juga digelarkan juga sebagai Barah. Jika kita ditakdirkan terkena penyakit kanser atau barah ni, tidak bermakna ianya satu pengakhiran hidup selagi ajal belum tiba. Teruskan semangat untuk melawan penyakit kanser ini hingga lenyap dari badan kita.

Penyakit kanser ni ada banyak jenis. Terdapat 100 jenis kanser yang telah direkodkan, bermula dari Kanser Leukemia (Kanser Darah) hinggalah kepada Kanser Tulang. Saya senaraikan beberapa jenis penyakit kanser yang sering dijangkiti oleh masyarakat di Malaysia ni:

 

1. Kanser Limfoma (Lymphoma Cancer)

Apa maksud Kanser Limfoma atau Lymphoma Cancer ni ?. Secara ringkasnya, kanser limfoma ini dikenali sebagai Kanser Limfa (Kelenjar). Ia melibatkan sel darah putih yang mengalami masalah hingga mengganggu sistem imun dalam badan kita. Limfoma boleh terjadi hampir di mana sahaja pada tubuh badan kita, dari kanak-kanak hinga dewasa.

 

2. Kanser Sarcoma  (Kanser Pada Tisu Lembut)

Kanser Sarcoma ni merupakan kanser jenis malignant yang terbentuk pada tisu yang bersambungan seperti tulang dan tisu lembut yang ada pada badan kita. Kanser ni jarang berlaku tapi ada lebih 50 jenis dan biasnaya terbahagi kepada dua kategori, iaitu jenis tumbuh pada tisu lembut di daging dan kenis tumbuh di tulang (Osteosarcoma).

 

3. Kanser Osteosarcoma (Kanser Tulang)

Kanser tulang dapat dirasa kehadirannya dengan kesakitan pada kawasan tulang. Bengkak pula akan muncul selepas seminggu kesakitan hadir,

 

4. Kanser Leukemia (Kanser Darah)

Kanser Leukemia terbentuk pada tisu yang menghasilkan darah yang terdapat pada tulang sum-sum. Kanser leukemia tidak mempunyai bentuk tumor berbonjol seperti kanser lain, sebaliknya ia lebihan sel darah putih pada proses penghasilan darah hingga menjejaskan fungsi utama darah merah normal. Terdapat empat jenis leukemiaiaitu Acute Leukemia (AML), Chronic Myeloid Leukemia (CML), Acute Lymphoctic Leukemia (ALL) dan Chronic Lymphoctic Leukemia (CLL).

 

5. Kanser Carcinoma (Kanser Kulit atau Lapisan Tisu Organ)

Kanser Carcinoma ni bermula dalam sel-sel yang membentuk kulit manusia atau lapisan tisu organ, seperti hati atau buah pinggang. Ia berbeza dengan Kanser Carcinoma In Situ yang tidak merebak dan kekal di dalam sel ia bermula.

 

6. Kanser Payudara (Breast Cancer)

Kanser Payudara ialah tumor malignan yang membentuk daripada sel-sel dalam payudara. Sel payudara tumbuh dan membahagi di luar kawalan, terus menyerang dan merosakkan tisu serta organ berdekatan. Punca kanser payudara ni di antaranya disebabkan genetik, hormon, gaya hidup dan diet serta persekitaran,

 

7. Kanser Kolorektum (Kanser Kolon)

Kanser kolorektum atau kanser kolong ini dikenali sebagai kanser usus besar dalam masyarakaat kita. Punca kanser kolon ini berpunca daripada kelenjar tisu usus (Adenokarsinoma).

Kanser Usus Besar
                 Gambar Kanser Kolon

8. Kanser Paru-Paru (Lung Cancer)

Kanser paru-paru terbentuk apabila sel paru-paru normal mengalami beberapa peringkat perubahan atau mutasi lalu menjadi sel kanser dan mula membesar dan tumbuh tanpa kawalan, Sel Kanser ini boleh merebak ke organ lain seperti nodus limfa, hati, tulang dan otak. Di Malaysia, kanser paru-paru adalah kanser ketiga paling kerap diserang selepas kanser payudara dan kanser usus besar.

 

                     Kanser Paru-Paru

9. Kanser Serviks (Kanser Pangkal Rahim)

Kanser Serviks merupakan kanser yang ditakuti oleh kaum perempuan selepas kanser payudara. Kanser serviks atau Kanser pangkal rahim ini terjadi apabila sel tumbuh secara tidak normal. Kanser serviks ini berpunca daripada virus yang disebut Papilomavirus Manusia (Human Papillomavirus) HPV. Paling merisaukan, virus ini boleh dijangkiti sesama manusia melalui sentuhan semasa aktiviti seks, Walaubagaimanapun, kanser serviks tidak boleh berjangkit kepada individu lain. Simptom kanser serviks adalah rasa sakit dan pendarahan di kawasan serviks.

 

        Canser Serviks (Kanser Pangkal Rahim)

 

10. Kanser Nasofarink (Kanser Tekak)

Kanser Nasofarink merupakan kanser tekak yang berkembang dalam nasofarink. Kanser ini berpunca daripada Virus Epstein-Barr (EBV). Kanser bermula apabila sel dalam badan membahagi secara tidak normal dan membentuk satu ketumbuhan (tumor). Gejala awal kanser ini adalah hidung sering berdarah, masalah pendengaran dan hidung tersumbat.

          Kanser Nasofarink (Kanser Tekak)

 

11. Kanser Hati (Heart Cancer)

Kanser hati bermula pada sel yang membentuk tisu itu mengalami masalah. Tisu membentuk organ di dalam tubuh, biasanya sel tumbuh membahagi untuk membentuk sel baru apabila tubuh memerlukannya. Sel baru terbentuk walaupun badan tidak memerlukannya atau sel tua tidak dimusnahkan secara normal. Simptom kanser hati adalah rasa sakit pada atas perut sebelah kanan, rasa ada ketulan di perut, perut bengkak serta demam,

12. Kanser Tiroid

Kanser tiroid terjadi pada kelenjar tiroid yang terdapat pada leher. Kelenjar tiroid berbentuk seperti rama-rama dan terletak bahagian hadapan leher, di bawah kotak suara (larinks). Kanser tiroid bermula apabila sel kelenjar tiroid menjadi tidak normal yang membesar tapa kawalan sehingga menjadi tumor. Ketumbuhan tiroid disebut juga sebagai nodul, Ada dua jenis nodul, iaitu nodul benigna yang tidak mengancam nyawa dan nodul maligna yang mengancam nyawa.

 

13. Kanser Prostat

Kanser prostat adalah dijangkiti oleh lelaki, kanser ini bermula apabila sel yang termutasi dalam prostat membahagi dan tumbuh dengan tidak terkawal. Kanser ini dapat dikenalpasti jika rasa sakit atau pedih ketika kencing serta ada darah dalam kencing.

 

14. Kanser Karsinoma In Situ

Istila Karsinoma In Situ adalah peringkat kanser awal iaitu permulaan. Pada tahap ini, pesakit perlu segera mendapatkan rawatan pakar bagi mengelakkan kanser terus berkembang dan terus mebiak ke kawasan lain dalam badan.

 

PERSEDIAAN KITA SEBAGAI KETUA KELUARGA

Sebagai ketua keluarga yang mencari rezeki untuk keluarga, sudah pasti kesihatan sangat penting untuk cergas dan aktif untuk bekerja tanpa sebarang masalah kurang upaya.

Tapi jika ditakdirkan kena penyakit kritikal salah satu penyakit kritikal seperti kanser, Serangan Jantung, Strok, serta lain-lain penyakit kritikal hingga masuk Unit Rawatan Rapi (ICU) akan memberi kesan kepada keupayaan untuk bekerja.

Pendapatan akan terjejas bagi yang bekerja sendiri, oleh itu semasa kita masih sihat ni, penting sangat untuk sediakan Takaful Hibah Penyakit Kritikal sebagai Tabung Kecemasan di saat berlakunya kejadian yang tidak diduga.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sharing is caring!

Facebook Comments