Kelebihan Ambil Pelan Hibah Takaful Keluarga

Kelebihan Takaful Hibah Yang Perlu Kita Tahu.

Alhamdulillah ramai di antara kita yang dah mengetahui pentingnya Takaful Hibah terutamanya bagi ketua keluarga yang mempunyai tanggungjawab yang besar, seperti mempunyai komitmen yang banyak, anak yang masih kecil dan memerlukan tabungan pendidikan untuk masa depan. Hibah Takaful umpama hadiah buat insan yang tersayang dikala ditimpa kesusahan, sebagai contohnya tiba-tiba berlaku kemalangan terhadap Ketua Keluarga, secara tidak langsung akan menjejaskan rutin harian untuk mencari rezeki kepada keluarga.

 

KELEBIHAN HIBAH TAKAFUL:

 

  • Dapat Menggunakan Tunai Untuk Kelangsungan Hidup Waris

Selepas ketua keluarga meninggal dunia, semua aset akan dibekukan kecuali akaun yang telah mempunyai nama seperti takaful, KWSP dan Tabung Haji. Selain itu, semua aset tidak alih (wang) tidak boleh digunakan. Sekiranya kita ada RM 100 ribu sekalipun dalam akaun bank, waris perlu ambil masa yang lama untuk mengeluarkannya.

Jadi sementara mendapatkan wang tersebut, bagaimana waris yang masih hidup ingin meneruskan kehidupan, membayar sewa rumah, hutang kereta, makan dan minum serta persekolahan anak-anak ?

Siapa yang menanggungnya?

Kerana itulah pentingnya setiap individu terutamanya ketua keluarga memiliki polisi takaful.

 

  • Penamaan Benefisiari Hibah Takaful Boleh Ditarik Balik

Setiap Peserta takaful berhak membatalkan hibah yang telah dibuat kepada seseorang individu dan menyerahkan barang yang ingin dihibahkan itu kepada orang lain. Ini kerana akad hibah yang digunakan dalam takaful adalah akad hibah ruqba; hibah bersyarat.

Di mana hanya akad hibah yang dibuat semasa peserta takaful hidup, tetapi pemberian hibah hanya berlaku selepas peserta takaful meninggal dunia.

Sebagai contoh, pada awalnya En Sabri meletakkan nama isterinya, Pn Lailatul sebagai penerima hibah.

Tidak lama selepas itu, mereka ditakdirkan bercerai dan En Sabri berkahwin pula dengan Pn Linda

Jadi En Sabri berhak menukar penama hibah daripada Pn Lailatul kepada isteri barunya Pn Linda.

 

  • Pampasan Takaful Tidak Perlu Difaraidkan

Istimewanya Waris yang menerima pampasan takaful, tidak perlu menguruskannya seperti menguruskan harta pusaka.

Penerima pampasan atau hibah takaful, berhak menggunakan duit tersebut mengikut kehendak dirinya sendiri dan tidak perlu difaraidkan.

Waris lain tiada hak untuk menuntut bahagian mereka dalam pampasan tersebut.

 

  • Dapat Tunai Lebih Cepat

Ini pasti mengembirakan waris. Duit pampasan takaful boleh diperolehi oleh waris dalam tempoh 7-30 hari sahaja, tanpa perlu melalui proses perolehan kuasa harta pusaka yang mengambil masa paling cepat 6 bulan.

Ada yang mengambil masa bertahun untuk dapatkan harta pusaka.

 

Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai Hibah Takaful, Takaful Penggantian Gaji, Kad Perubatan Keluarga, boleh tanyakan terus melalui butang link di bawah.

Saya akan cuba menjawab secepat dan sebaik mungkin. Terima Kasih.

 

 

Sharing is caring!

Share

Facebook Comments