Ketahui Lokasi Stesyen MRT Yang Berpotensi Kenaikan Harga Rumah

Bercadang nak beli rumah sebagai medium pelaburan yang menguntungkan ?. Pastinya lokasi memainkan peranan penting, dan adanya jaringan kemudahan pengangkutan yang memudahkan perhubungan ke sesuatu lokasi.

Sekarang ni tengah hot permintaan perumahan yang berdekatan dengan laluan MRT, dan harga meningkat bila MRT siap sepenuhnya, kerana sekarang MRT2 dalam proses pembinaan. Tapi korang tahu tak kat mana lokasi stesen MRT2 ni ?

MRT2 ni menghubungkan Bandar Sg Buloh di Utara hingga ke Bandar Putrajaya di Selatan melalui kawasan Serdang. Secara asasnya, MRT2 ni ada 3 bahagian iaitu bahagian utara, tengah dan selatan.

Bahagian utara ni bermula dari Stesen Sg Buloh ke Jalan Ipoh di KL. Laluan ini termasuklah Damansara Damai, Sri Damansara, Kepong dan Jinjang.
Stesen-stesen MRT2 di bahagian utara ialah:
– Stesen Sg Buloh
– Stesen Damansara Damai
– Stesen Sri Damansara Barat
– Stesen Sri Damansara Timur
– Stesen Kepong Sentral
– Stesen Metro Prima
– Stesen Kepong Baru
– Stesen Jinjang
– Stesen Sri Delima
– Stesen Kg Batu
– Stesen Kentomen
– Stesen Jalan Ipoh
Bahagian tengah laluan MRT2 ini ialah laluan bawah tanah. Pembinaan laluan bawah tanah ni ambil masa untuk dibina dan memerlukan kos yang tinggi untuk disiapkan. Stesen-stesen di bahagian tengah ini ialah :
– Stesen Sentul Barat
– Stesen Titiwangsa
– Stesen Hospital Kuala Lumpur
– Stesen Kg Baru Utara
– Stesen Ampang Park
– Stesen KLCC Timur
– Stesen Conlay
– Stesen Tun Razak Exchange (TRX)
– Stesen Chan Sow Lin
– Stesen Bandar Malaysia Utara
– Stesen Bandar Malaysia Selatan
Bahagian selatan laluan MRT2 pula bermula dari Bandar Kuchai Lama sehinggalah ke Putrajaya. Ini merangkumi kawasan Seri Kembangan dan juga Cyberjaya :
– Stesen Kuchai Lama
– Stesen Taman Naga Emas
– Stesen Sg Besi
– Stesen Technology Park (Provisional)
– Stesen Serdang Raya Utara
– Stesen Serdang Raya Selatan
– Stesen Seri Kembangan
– Stesen UPM
– Stesen Taman Universiti (Provisional)
– Stesen Equine Park
– Stesen Taman Putra Permai
– Stesen 16 Sierra
– Stesen Cyberjaya Utara
– Stesen Pusat Bandar Cyberjaya
– Stesen Putrajaya Sentral
Bila dah tengok senarai stesen MRT2, kita dah boleh agak kawasan mana yang akan sesak akibat daripada pembinaan. Dalam tempoh 5 tahun dari sekarang, mungkin proses pembinaan dah selesai dan kita dapat menikmati kemudahan MRT2 ni.

Sharing is caring!

Facebook Comments