Lapisan Pegawai Kerajaan Perlu Ke Ambil Pelan Takaful Dan Hibah ?

PEGAWAI KERAJAAN DAPAT RAWATAN PERCUMA DI HOSPITAL KERAJAAN ?

 

Bagi yang berkhidmat di dalam perkhidmatan awam, pastinya anda dapat keistimewaan kerana dapat manfaat percuma rawatan di Hospital Keraaan tanpa bayaran pendahuluan atau deposit. Lebih-lebih lagi jika melibatkan rawatan yang memerlukan penjagaan rapi di Wad ICU mahupun kos perubatan harian.

Bukan pegawai kerajaan sahaja yang mendapat manfaat rawatan percuma, malahan Anak, Suami/Isteri, Ayah/ Ibu Kandung, Ayah/ Ibu Mertua juga turut mendapat manfaat yang sama. Boleh masuk wad kelas ke dua atau kelas pertama ikut pada gred.

WALAUPUN RAWATAN PERCUMA, MASIH ADA KEKURANGANNYA ?

Ini realitinya, walaupun kos rawatan percuma, namun masih terdapat beberapa kekurangannya, seperti saya gariskan di bawah:

  1. Masa Menunggu Yang Lama (Pendaftaran Untuk Kecemasan dan Rawatan Harian)

  2. Masa Rawatan Yang Lama (Selepas Daftar Kena Tunggu Pula Untuk Giliran Rawatan)

  3. Dalam Senarai Menunggu, Siapa Yang Datang Awal Dulu Dia Yang Dapat.

Di sini anda perlu faham yang ada sakit yang boleh dirawat dengan ubat tahan sakit.

 

Melalui pengalaman saya sendiri, pernah saya menghantar anak saya yang tidak sihat dan memerlukan rawatan terus ke Hospital Kecemasan untuk pemeriksaan segera, Jam pada waktu itu menunjukkan jam 7 malam, pendaftaran dibuat pada waktu tersebut dan setelah 45 minit menunggu baru nama dipanggil untuk prosedur seterusnya iaitu menunggu untuk nombor giliran untuk rawatan. 2 Jam kemudian, baru sampai giliran. Saya faham akan prosedur hospital, pesakit juga ramai waktu itu.

Ini dapat disimpulkan bahawa, walaupun pesakit tersebut mengalami kesakitan sekali-sekala, dan penyakit yang dia alami tidak akan menyebabkan kematian (hanya menyebabkan kesakitan) jadi ada kemungkinan kami akan beri ubat tahan sakit dan orang tersebut masih akan berada dalam senarai menunggu.

Perkara ini memang digunapakai di semua hospital kerajaan sejak dahulu lagi. Melainkan jika saya ada insurans. Insurans akan bayar untuk Anda

Mesti anda tertanya-tanya kan, kenapa kerajaan lembap sangat, tak upgarde sistem ke?

Sebenarnya kerajaan dah banyak tambah dan besarkan hospital dan klinik kesihatan.

Tetapi saya pun heran, sebab setiap kali kerajaan tambah hospital, tambah staf, tambah besar ruang hospital/klinik, setiap kali itu juga pesakit pun tiba-tiba bertambah ramai memenuhi ruang yang baru sahaja dibuat tersebut.

Entah daripada mana semua orang ini datang pun sukar untuk saya kenal pasti. Tetapi, apa yang pasti adalah fasiliti kesihatan kerajaan masih lagi digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia.

Berbeza dengan swasta yang hanya digunakan oleh segelintir masyarakat kita terutamanya golongan yang kaya. Kerana itulah pesakit di hospital swasta tidak ramai berbanding di hospital kerajaan.

Tempat duduk ruang menunggu hospital swasta selalu banyak kosong walaupun tidak begitu banyak kerusi disediakan.

Berbeza dengan hospital kerajaan yang tempat duduk di ruang menunggunya (walaupun banyak macam dalam wayang) penuh sehingga ada yang terpaksa berdiri. Jadi sebab itu, hospital swasta boleh untuk melakukan pembedahan atau apa-apa procedure sebaik sahaja penyakit dikesan.

Hospital swasta tidak memerlukan senarai menunggu kerana tidak ramai pesakit yang datang ke hospital mereka. Pembedahan boleh dilakukan bila-bila masa walaupun sebenarnya ianya tidak begitu urgent. Lagi pun, orang kaya selalunya rajin buat senaman dan makan makanan yang sihat. Jadi mereka biasanya hidup lebih lama dan masih kekal sihat.

Saya bukan nak buat promosi, tapi memang bagus kalau ada insurans. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai yang dah ada penyakit sebelum umur 30 tahun pun. Baru masuk umur 40 tahun ada yang dah masuk hospital banyak kali.

Ingat, walaupun anda kerja kerajaan dan dapat rawatan percuma di hospital kerajaan, tetapi anda masih tetap perlu mengikut polisi dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kalau anda jenis kurang sabar, sila ambil insurans untuk anda dan keluarga.

Dan sekiranya anda sedang mencari pelan Takaful Perubatan atau Hibah untuk keluarga tersayang, boleh bertanyakan kepada saya pelan yang terbaik untuk anda, caruman bulanan yang mampu milik.

 

 

 

 

Sharing is caring!

Share

Facebook Comments