Panduan Sebelum Beli Rumah Pertama

Setiap insan perlukan rumah sebagai tempat untuk meneruskan kehidupan. Tak kira samaada menyewa atau telah mempunyai rumah sendiri. Bagi yang bercadang untuk beli rumah, 4 perkara penting bagi pembeli rumah pertama boleh diambil kira :

1. Semak Kewangan

Semak kelayakan nilai hartanah yang boleh dibeli. Sebagai contoh, jika gaji RM2500 dan mempunyai pinjaman kereta sebanyak RM500 sebulan, had maksimum nilai rumah yang boleh dibeli adalah sekitar RM200k. Jika pekerja kerajaan, boleh terus semak kelayakan dengan LPPSA.

Deposit 10% juga sebaik-baiknya perlu ada. Kebanyakkan rumah di pasaran sekunder, pemilik akan meminta amaun tersebut untuk tandatangan SnP. Bagi pasaran lelong pula, 10% deposit adalah wajib. Hanya rumah baru yang biasanya agak rendah deposit yang diperlukan.

2. Pilihan hartanah.

Antara elemen penting yang perlu ditekankan adalah lokasi. Anda perlu jelas berkaitan ini. Kebiasaanya, faktor tempat kerja memainkan peranan penting.

Jenis hartanah seperti apartment atau landed juga perlu diputuskan sedari awal mengikut kelayakan atau budget.

Jika pilihan terus fokus pada satu-satu taman/apartment, ia lebih baik. Dapat sahaja unit yang tepat dengan pilihan anda, terus je sapu. Jangan terlalu lama buat pilihan.

3. Jenis pasaran hartanah

Perkara ini juga perlu jelas sama ada ingin membeli rumah undercon, subsale atau lelong kerana keperluan deposit dan kos guaman adalah berbeza-beza. Tempoh untuk mendapatkan kunci atau ‘vacant posession’ juga sangat berbeza.

4. Kos Guaman dan kos lain

Perlu diingat, keperluan deposit membeli rumah bukan sekadar 10%. Di sana ada kos-kos lain yang perlu di sediakan seperti kos guaman SnP / Loan Agreement, Duti setem, valuation fee, dan sebagainya. Persediaan kos tambahan untuk renovasi asas juga perlu bagi keselesaan kelak.

#HartanahWilayah

Sharing is caring!

Facebook Comments