Pembatalan Jual Beli Rumah Subsale. Apa Hak Penjual Dan Pembeli

1. Dalam sesuatu perjanjian jual beli (SNP) rumah sub-sale, biasanya dimasukkan terma berkaitan pembatalan perjanjian jual beli (SNP) dan kesan pembatalan perjanjian jual beli (SNP).

2. Berdasarkan common practice, sesuatu SNP rumah sub-sale boleh dibatalkan oleh penjual atau pembeli jika berlaku perkara-perkara berikut:

A. Pembatalan oleh penjual:

▪ Pembeli gagal menjelaskan bayaran harga jual beli mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam SNP
▪ Pembeli gagal mematuhi mana-mana terma yang dinyatakan dalam SNP
▪ Pembeli dengan sengaja tanpa alasan yang kukuh tidak mahu meneruskan urusan jual beli
▪ Pembeli didapati bankrup
▪ Lain lain sebab yang dinyatakan dalam SNP

B. Pembatalan oleh pembeli.

▪penjual gagal mematuhi mana-mana terma yang dinyatakan dalam SNP
▪penjual dengan sengaja tanpa alasan yang kukuh tidak mahu meneruskan urusan jual beli
▪penjual didapati bankrup
▪penjual gagal memindahmilikkan rumah kepada pembeli
▪penjual gagal menyerahkan milikan kosong rumah
▪lain lain sebab yang dinyatakan dalam SNP

3. Apakah kesan pembatalan jual beli?

A. Kesan pembatalan jual beli oleh penjual yang disebabkan oleh pembeli.

▪penjual boleh melupuskan bayaran deposit jual beli
▪baki bayaran harga jual beli dikembalikan kepada pembeli
▪perjanjian dianggap terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan lagi sebaik sahaja bayaran dikembalikan
▪dokumen-dokumen jual beli dikembalikan kepada pihak satu lagi.

B. Kesan pembatalan jual beli oleh pembeli yang disebabkan oleh penjual.

▪penjual perlu mengembalikan bayaran deposit dan bayaran harga jual beli kepada pembeli
▪perjanjian dianggap terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan lagi sebaik sahaja bayaran dikembalikan
▪dokumen-dokumen jual beli dikembalikan kepada pihak satu lagi.

4. Walaubagaimanapun segala terma berkaitan pembatalan jual beli adalah tertakluk kepada persetujuan bersama antara penjual dan pembeli sebagaimana yang telah ditulis dalam sesuatu perjanjian jual beli rumah sub-sale tersebut.

5. Terma pembatalan di atas hanyalah sekadar panduan sahaja.

Perkongsian daripada Pengerusi Peguam Hartanah Rakyat, Tuan Salkukhairi.

Sharing is caring!

Facebook Comments