Pengalaman Guna Medical Card Takaful Perubatan Keluarga

Sekadar berkongsi pengalaman sendiri & keluarga menggunakan medical card..

⏩Biasa dengar ayat ayat cinta agen takaful “Tunjuk je medical card terus masuk wad”..”Medical card kami ada special kaunter terus masuk wad je”..Swipe je medical card terus masuk wad”..Jika ada pi jentik telinga agen takaful tu😂

⏩Pertamanya anda terlebih dahulu perlu mendapatkan rawatan daripada doctor / pegawai perubatan..

⏩Jika didapati perlu rawatan lanjut dan dimasukkan ke wad anda boleh memaklumkan anda mempunyai polisi medical card..

⏩Pihak hospital perlu membuat pengesahan dari syarikat takaful/insurance anda berkenaan polisi medical card anda khususnya dari segi had bilik wad dan had limit utk kos rawatan..

⏩Pihak hospital juga akan menyemak polisi medical card aktif @ tidak..Mana la tau dah lapsed payment kan..

⏩Selepas semua proses ok anda akan dibawa ke wad bergantung kepada kekosongan bilik mengikut nilai had bilik medical card anda..Ada kala cepat ada kala lambat..Banyakkan bersabar ye..

⏩Pihak hospital jugak biasanya akan meminta deposit..Biasanya sekitar RM300-RM400..Ada juga yang tak perlu deposit..So lebih baik standby sebelum anda pergi ke mana mana panel hospital untuk dapatkan rawatan..

⏩Bilik wad bergantung kepada had bilik medical card anda..Contohnya had bilik medical card saya RM330.00 sehari dan semasa dimasukkan ke Hospital Pantai Sungai Petani bilik wad adalah bilik single..

⏩Ada polisi medical card membenarkan anda upgrade bilik wad dan membayar nilai perbezaan bilik..Dan ada juga menetapkan jika anda upgrade bilik wad perlu membayar 10%-20% dari jumlah kos rawatan..

⏩Segala kos rawatan anda bergantung kepada syarat dan terma yang ada dalam polisi medical card anda..Sila beri perhatian serius bab ini..Jangan nanti agen takaful anda kata cover hakikatnya tak cover..Ingat bukan agen takaful tu yg nak bayar kos rawatan anda..

⏩Bila discharged pihak hospital akan submit semua dokumen yg perlu untuk pengesahan syarikat takaful/insurance anda..Sekali lagi banyakkan bersabar ye..Ada kala cepat dan ada kalanya lambat..

Alhamdulillah..

Semasa saya & keluarga dapatkan rawatan semuanya berjalan lancar dan segala kos rawatan cover sepenuhnya oleh pihak syarikat takaful melalui polisi medical card..

Dan yang paling penting..

Buat sahabat sahabat yang beragama Islam jika anda sudah memiliki @ plan nak dapatkan polisi medical card pastikan pilihan anda adalah pelan takaful dan bukannya insurance conventional..Mencari yg halal itu fardhu😊

#AmbilTahu

Sharing is caring!

Facebook Comments