Pengiraan Nisbah Debt Service Ratio (DSR) Pinjaman Perumahan

Setiap bank mempunyai kriteria pengiraan nisbah khidmat hutang atau pun Debt Service Ratio (DSR) yang berbeza. Pengiraan DSR ini boleh berubah pada bila-bila masa. Contoh yang diberi merujuk kepada pinjaman perumahan, untuk maklumak terlanjut, silalah rujuk kepada pengawai bank yang pengalaman.

1. Public Bank. Untuk gaji di bawah RM3,500 DSR dikira pada 60%. Gaji di atas RM3,500 dikira pada 80%. Kos sara hidup diambil pada nilai RM1,000. Jika tiada rekod CCRIS masih boleh dapat pinjaman 90% dengan melampirkan ijazah sebagai dokumen sokongan. Pengalaman kerja mestilah sekurang-kurangnya 3 tahun untuk skor pinjaman 90%. Jika dapat pinjaman 85% masih boleh mohon semula untuk pinjaman 90% dengan menyertakan simpanan 20% dari harga rumah. Jika gaji pokok rendah, bank cadangkan untuk buat pinjaman bersama dan adakan simpanan 20% dari harga rumah.

2. Bank Rakyat. Bagi gaji di bawah RM3,000 dikira dengan DSR 60% dan gaji di atas RM3,000 ialah 100%. Jika DSR 100%, kos sara hidup di bandar ialah RM1,600 dan di luar bandar pula RM1,000.

3. Bank Islam. Gaji di bawah RM3,000 DSR dikira dengan kadar 50% manakala gaji RM3,000 ke RM5,000 ialah 60%. Bagi gaji RM5,000 ke RM7,000 ialah 70% dan RM7,000 ke atas ialah 75%.

4. Maybank. DSR dikira dengan gaji bersih. Jika gaji bawah dari RM3,500, DSR ialah 40%. Atas dari RM3,500 ialah 70%. Jika ada pinjaman ASB, kiraan komitmen adalah secara bulanan dan dividen dikira selepas jumlah dividen dibahagi kepada 12 bulan. Jika ada Perjanjian Sewaan, ianya dikira selepas 6 bulan setem dimatikan. DSR dikira dengan 80% dari nilai sewaan. Maybank mempunyai DSR yang tinggi, Pembiayaan Islamik, kadar faedah yang rendah, MRTT + Legal Fee termasuk dalam pinjaman dan sesuai untuk membiayai apa sahaja nilai hartanah.

5. Bank Simpanan Nasional. Gaji kasar di bawah RM3,000 DSR dikira 60%, dan atas RM3,000 adalah 75%. Jika ada pinjaman ASB, komitmen tidak dikira. Dividen diperolehi selepas dibahagi dengan 12 bulan. Dividen + bonus pula diperolehi selepas jumlah keseluruhan dibahagi 12 bulan campur dengan pendapatan. Jika ada Perjanjian Sewaan, ia dikira selepas setem dimatikan 6 bulan dan DSR dikira 100% dari nilai sewaan. Jika ada kad kredit, hutang RM5,000 x 5% untuk dapatkan komitmen bulanan. BSN mempunyai kelebihan Zero Moving Cost, pembiayaan Skim Rumah Pertamaku, khas untuk kakitangan awam dan sesuai untuk apa sahaja nilai hartanah.

6. CIMB Bank. DSR dikira dengan contoh gaji di bawah RM3,000 ialah 65%, RM3,000 – RM7,999 ialah 75% dan atas RM8,000 ialah 85%. Jika ada pinjaman ASB, komitmen dikira secara bulanan. Jika pinjaman sudah lebih setahun, jumlah dividen diperolehi dengan membahagikan jumlah dividen kepada 12 bulan. Jika ada Perjanjian Sewaan, ia dikira selepas 3 bulan setem dimatikan. Ia dikira 100% dari nilai sewaan. CIMB memiliki kelebihan seperti DSR yang tinggi, Pembiayaan Islamik, pengecualian cukai pendapatan, kadar faedah yang rendah, MRTT + Legal Fee termasuk dalam pinjaman dan sesuai untuk pemilik bisnes dan usahawan bisnes internet.

7. RHB Bank. Kiraan DSR mengikut gaji di bawah RM2, 204 ialah 55%. Bagi gaji RM2,205 – RM2,630 ialah 60%, gaji RM2,631 – RM4,975 ialah 75%, gaji RM4,976 – RM7,615 ialah 80% dan RM7,616 ke atas ialah 85%. Jika ada pinjaman ASB, komitmen dikira secara bulanan. Dividen diperolehi setelah jumlah dividen dibahagikan kepada 12 bulan. Jika ada perjanjian sewaan, ianya dikira selepas 6 bulan setem dimatikan dan nilai sewaannya ialah 80%. RHB mempunyai kelebihan dari segi kiraan DSR yang tinggi, Pembiayaan Islamik, kadar faedah rendah, rumah di bawah harga RM500,000, pemohon yang ada komitmen tinggi sesuai memohon dan juga pemilik bisnes.

8. Hong Leong Bank. DSR dikira mengikut gaji di bawah RM3,000 dengan nilai 60%. Gaji di atas RM3,000 DSR yang diberi ialah 85%. Kiraan Nett Disposable Income pula ialah RM750. Hong Leong Bank memiliki kelebihan untuk pemakan komisyen kerana DSR dikira 100%. Ejen hartanah atau insuran perlu penyata pendapatan 2 tahun dan penyata bank 1 tahun untuk menilai kestabilan. Bank ini turut menawarkan Joint Loan selain dari keluarga iaitu rakan-rakan sehingga 5 orang. Mereka dianggap sebagai Immediate Family. Bagi mereka yang berusia 25 tahun ke bawah perlukan penjamin bila membuat pinjaman. Jika usia 30 tahun yang tiada rekod CCRIS masih boleh memohon pinjaman. Ia dikira sebagai komitmen yang pertama. Perjanjian Sewaan yang ada ada mati setem dikira 80% dari nilai sewaan dan berkuatkuasa selepas mati setem. Tidak perlu tunggu 3 – 6 bulan.

 

Sharing is caring!

Facebook Comments