Pengiraan Rebat Pembelian Rumah

Anda biasa atau tidak jumpa pemaju tawarkan pembelian rumah tanpa deposit? Macam mana pula tu ?

Kita ambil contoh yang sama dengan contoh di atas, rumah dijual pada harga RM 400,000 dan pemaju menawarkan rebat sebanyak 10%. Secara umumnya harga rumah tersebut dijual pada harga RM 360,000 setelah ditolak rebat 10%, tetapi terdapat sedikit ‘twist’ di mana harga yang diletakkan dalam SPA adalah pada harga asal.

Makanya, jumlah pinjaman anda adalah berdasarkan harga RM 400,000. Jika anda pinjam 90% daripada harga rumah, maka jumlah pinjaman anda adalah RM 360,000.

Jadi anda tidak perlu membayar sebarang deposit kerana pinjaman diberikan adalah bersamaan dengan harga yang dijual oleh pemaju selepas rebat, cuma dalam perjanjian jual beli (SPA), harga rumah tersebut dijual pada harga RM 400,000.

Contoh:

Harga rumah: RM 400,000

Rebat : 10% = RM 40,000

Harga SPA = RM 400,000 (Harga rumah sebelum tolak rebat)

Jumlah pinjaman : 90% x RM 400,000 = RM 360,000

Harga rumah selepas rebat : RM 450,000

 

Sharing is caring!

Facebook Comments