5 SOALAN POPULAR BERKAITAN TAKAFUL
π Saya dah pernah warded, boleh apply?
Boleh apply tetapi bergantung kepada kelulusan. Permohonan boleh dibuat dan wajib declare sejarah kesihatan atau sebarang rawatan yang anda terima. Daripada declaration ini, pihak syarikat akan menilai sama ada permohonan boleh diluluskan atau tidak.
π Berapa lama tempoh matang untuk polisi aktif ?
24 jam selepas polisi aktif, apa-apa musibah yang berlaku akibat kemalangan akan terus cover.
Sakit demam biasa akan cover selepas 30 hari polisi aktif.
Sakit kritikal akan cover bermula selepas 120 hari polisi aktif.
Namun bergantung kepada syarat polisi, mungkin ada perbezaan bagi setiap syarikat.
π Dalam takaful ada produk simpanan, betul ke?
Term sebenar dalam takaful adalah cash value, bukan simpanan. tapi untuk bagi orang awam mudah faham kebanyakkan agen akan guna term saving walaupun kurang tepat.
Namun begitu ianya bergantung kepada jenis produk yang anda langgan. Di Takaful, ada banyak produk, bermula daripada produk stand alone, investment-link dan simpanan.
Nilai cash value dalam takaful bergantung kepada jenis polisi yang anda ambil. Setiap polisi berbeza matlamatnya, jadi pulangannya juga adalah berbeza.
π Boleh dapat pengecualian cukai ke ambil takaful?
Boleh. Anda boleh menerima manfaat pengecualian cukai sehingga RM6,000 bergantung kepada jenis pelan yang anda ambil. Berbaloikan.
Facebook Comments