Pinjaman Perumahan Jenis FLEXI LOAN VS TERM LOAN

Pinjaman Perumahan  FLEXI LOAN VS TERM LOAN

1. FLEXI LOAN :

FLEXI LOAN bermaksud jenis pinjaman yang menggunakan kuasa peminjam untuk menentukan berapa yang anda perlu bayar sebulan, berapa tahun anda nak nak cepat clear kan hutang tersebut dan berapa tinggi atau rendah interest rate yg anda mahukan.

Bagaimana pula Flexi Loan ini berfungsi menyesuaikan keadaan peminjam?

Flexi Loan biasanya akan menggunakan 2 akaun untuk peminjam. Satu adalah akaun pembayaran rumah dan satu lagi adalah akaun normal saving. Peminjam perlu membayar ansuran dengan membayar ke akaun normal saving dan kemudian bank akan secara auto terus tolak ke akaun pembayaran rumah. Jenis pinjaman ini pada mulanya adalah biasa digunakan oleh bank asing seperti Standard Chartered Bank, HSBC Bank atau CitiBank. Tetapi kini, telah banyak bank-bank di Malaysia mula menggunakan jenis ini secara meluas. Pada bank, ianya lebih baik kerana secara tak langsung peminjam akan mendeposit wang mereka kepada akaun biasa saving mereka dahulu dan ini akan mengukuhkan aliran tunai di bank itu sendiri.

Kadangkala ada masanya Flexi Loan ini juga dipanggil sebagai Homesmart, MaxiHome, DwiHome dan sebagainya mengikut promosi bank. Sebenarnya ia masih berasaskan Flexi Loan cuma caranya sahaja berbeza sedikit sahaja mengikut tawaran flexi itu sendiri.

Di mana kelebihan peminjam melalui Flexi Loan?

Katakan lah anda membuat pinjaman sebanyak 200K dengan interest sejumlah 5% dan ansuran bulanan ialah rm 900 sebulan, Tetapi anda mendeposit atau membayar sebanyak 1K setiap bulan, di sini anda mempunyai lebihan sebanyak rm100 bukan? Jika anda membuat begini dalam pakej Flexi Loan, anda akan mengurangkan interest kerana syarat Flexi Loan ialah 5% interest berdasarkan baki. Jika baki pinjaman anda semakin berkurangan (daripada nilai 200K) maka secara automatiknya bank akan mengurangkan interest yg di caj pada bulan tersebut.

Katakan anda membayar rm900 macam biasa..

RM 600 = Tolak baki pinjaman
RM 300 = Interest Caj

Jika anda membayar 1K walaupun ansuran RM 900 dengan Flexi Loan..

RM 700 = Tolak pinjaman
RM 300 = Interest Caj

Jika anda membayar 1K walaupun ansuran RM 900 dengan Flexi Loan (bulan seterusnya)..

RM 720 = Tolak pinjaman
RM 280 = Interest Caj

Maksudnya di sini, pinjaman anda akan cepat habis bayar dan interest anda akan semakin berkurang untuk bulan seterusnya sehinggalah tiba-tiba anda ingin membayar semula pada kadar ansuran minima RM 900. Jika ini berlaku, maka interest akan dicaj seperti biasa. Tetapi jika anda tetap membayar 1K sebulan sehingga tamat tempoh pinjaman, anda akan dapati sebenarnya interest yg tertulis di dalam surat perjanjian tidak sama malah lebih kurang daripada apa yg anda jangkakan. Ini juga menyebabkan pinjaman anda akan tamat awal sedikit seperti yg termaktub dari tempoh perjanjian kerana baki pinjaman semakin berkurangan setiap bulan.

 


2. TERM LOAN:

Term Loan bermaksud jenis pinjaman trradisional di mana ianya seperti membayar ansuran pembiayaan sewa beli kereta. Ia hanya menggunakan satu akaun, satu interest dan satu perjanjian ‘straight foward’ di mana ianya akan ditentukan oleh pihak bank sendiri seperti yang tertulis di dalam perjanjian bank (letter of offer). Selagi anda membayar jumlah yang diminta, jumlah tersebut akan ditolak pada baki pinjaman sehinggalah habis tempoh pinjaman. Manakala akan terdapat penalti caj atau denda lewat jika anda membayar kurang dari jumlah yg diminta atau tidak tepat pada tarikh yg ditetapkan.

Sekiranya anda ingin membayar lebih dari jumlah yg diminta, lebihan akan dikira sebagai tunai terkumpul di dalam akaun di mana peminjam bole merizabkan jumlah lebihan sebagai advance payment tetapi jumlah itu tidak akan membantu anda langsung untuk mengurangkan interest atau mempercepatkan tempoh bayaran.

Katakan anda membayar rm900 macam biasa..

RM 600 = Tolak baki pinjaman
RM 300 = Interest Caj

Jika anda membayar 1K walaupun ansuran RM 900 dengan Term Loan..

RM 600 = Tolak pinjaman
RM 300 = Interest Caj
RM 100 = Advance Payment

Jika anda membayar 1K walaupun ansuran RM 900 dengan Term Loan (bulan seterusnya)..

RM 600 = Tolak pinjaman
RM 300 = Interest Caj
RM 100 = Advance Payment
Tunai terkumpul sehingga ansuran bulan Ketiga = Rm 200

Kelebihannya di sini, pada bulan ketiga pembayaran, anda boleh membuat bayaran kurang daripada RM 900 iaitu RM700 + RM 200 (advance payment) tetapi hakikatnya syarat, interest, baki dan tempoh pinjaman tetap sama dan tiada perubahan atau penjimatan.

 

RUMUSAN

Jadi, inilah antara ciri-ciri pada pakej loan Flexi dan Term Loan biasa yang anda kena lihat sebelum bertanya tentang 3 perkara di atas. Buatlah pilihan yg bijak, jika anda bekerja dan mempunyai kemampuan yg lebih, pilihlan ansuran yang rendah dari kemampuan dan bayar ikut bajet yg anda tetapkan. Sekiranya anda perlu bayar tetap sahaja kerana ketidaktentuan kenaikan gaji, semak dahulu kadar interest rate dan elakkan masalah kelewatan pembayaran, kerana hanya dengan sedikit kesilapan, pinjaman ini akan menyeksa anda sepanjang tempoh pinjaman bila syarat-syarat pinjamannya bertukar tanpa pengetahuan anda

 

Sharing is caring!

Facebook Comments