Risiko Beli Rumah, Jangan Beli Rumah Jika Belum Bersedia

Ramai yang bertanya kepada saya, bila saya cakap jangan beli rumah dulu selagi tidak membuat persediaan dari segi kewangan.

Istilah rumahku syurgaku berkait dengan tujuan utama kita beli rumah adalah sebagai tempat perlindungan (shelter) sebagai tempat untuk berteduh dan keselamatan keluarga.

Yang menjadi persoalannya, jika komitmen pinjaman rumah terlalu tinggi hingga jadi hutang tertunggak berbulan-bulan, bank pula asyik call untuk tuntut supaya bayaran balik tunggakan pinjaman, boleh pening kepala dibuatnya. Sebab apa boleh jadi macam ni ?, kebanyakannya disebabkan hilangnya punca pendapatan atau dibuang kerja. Zaman pandemik COVID19 ni berita orang terpaksa diberhentikan kerja sangat kerap berlaku.

Bayangkan kalau komitmen bulanan rumah yang berharga RM 250,000 dengan bayaran pinjaman perumahan pula anggaran RM 1400 Sebulan. Jika tertunggak dalam masa 3 bulan dah jadi RM 4200 itu belum termasuk interest lewat bayar pinjaman rumah lagi.

 

SAYA SENARAIKAN APA RISIKO BELI RUMAH

 

1. Menambahkan Hutang Sediada 

Hutang itu menakutkan, jika sebelum ini kita pernah buat hutang macam pinjaman pelajaran, hutang motorsikal dengan AEON Credit, hutang kereta dengan bank dan hutang pinjaman peribadi lepas tu nak tambah lagi komitmen dengan hutang pembelian rumah.

Ada juga yang cakap, “Kalau takut tambah hutang, sampai ke tua lah tak beli rumah”. Sebaikknya kita kurangkan dulu hutang-hutang yang sediada supaya tidak membebankan, kalau ada duit lebih terus bayar lump sump hutang yang ada.

 

2. Kena Sediakan Deposit Rumah Yang Tinggi

Beli rumah melibatkan proses kena sediakan deposit rumah dahulu, kebiasaanya 10 peratus dari harga rumah, sebagai contoh jika harga rumah RM 250,000 deposit yang perlu disediakan adalah RM 25,000.

Tak semua yang mampu untuk sediakan jumlah yang banyak hinggakan kena kumpul bertahun-tahun baru dapat kumpul. Setiap tahun harga rumah makin naik, rumah yang dulunya harga RM 110,000 di kawasan luar Lembah Klang, tiba-tiba naik dalam sekelip mata. Sebab apa boleh naik mendadak, tengok kepada lokasi juga, pembinaan laluan MRT, ECRL, Jalan baru By Pass yang melalui kawasan rumah mempengaruhi peningkatan harga.

 

3.  Terbeli Rumah Yang Salah Lokasi

Nak beli rumah pertama atau rumah untuk pelaburan mesti berada di lokasi yang tidak berdekatan dengan kawasan banjir, jauh dengan kawasan hakisan tanah, bukan di kawasan yang terpencil macam jauh di ceruk hutan, elak beli rumah di kawasan atas bukit yang agak curam dan bahaya. Sebabnya untuk mengelakkan harga rumah yang kita beli tersebut mengalami penurunan disebabkan lokasi yang mempunyai masalah. Keselamatan kita pun kena dijaga juga ya.

Penting untuk kita beli rumah di lokasi yang tidak berisiko seperti di kawasan berkomuniti, kejiranan yang ramai, berdekatan dengan kemudahan awam, beli rumah di kawasan tanah yang tidak mendap atau hakisan untuk mengelakkan tanah runtuh.

 

KESIMPULANNYA

Buat keputusan beli rumah bukannya mudaj, risiko beli rumah itu pasti. Kita biasa dengar hanya yang indah-indah sahaja tentang beli rumah ni bagus dapat tambah aset.

Memang betul, aset rumah adalah sangat bagus dan pinjaman perumahan pun dikategorikan sebagai hutang baik, bukannya hutang jahat. Cuma ianya boleh jadi jutang jahat jika kita sebagai pembeli membeli rumah dengan keadaan terburu-buru tanpa mengkaji kebaikan dan risiko beli rumah.

 

 

 

Sharing is caring!

Facebook Comments