Rumah PPAM Perumahan Penjawat Awam Malaysia

Perumahan Penjawat Awam Malaysia dulunya disebut sebagai Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia merupakan kemudahan untuk penjawat awam membeli rumah dengan harga yang mampu milik.

Pernah juga saya ditawarkan rumah PPAM ni, iaitu di PPAM Kempadang Residensi Kuantan, kerana sebelum ini menetap di Kuantan. Memandangkan telah bermastautin di Lembah Klang, saya terpaksa menolak tawaran tersebut kerana syarat sekatan Moratorium 10 tahun dan tidak boleh dibuat sewaan. Kelebihan rumah ni adalah harga rumah PPAM ni agak rendah berbanding harga pasaran semasa.

Saya senaraikan syarat-syarat permohonan rumah PPAM ni:

Semua kakitangan awam termasuk yang bekerja di tempat yang disenaraikan di bawah ini adalah layak untuk memohon skim perumahan PPAM:

  1. Kerajaan Persekutuan
  2. Kerajaan Negeri
  3. Pihak Berkuasa Negeri/ Tempatan
  4. Badan Berkanun Persekutuan
  5. Badan Berkanun Negeri

 

Syarat-syarat permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16-60 tahun
  • Kepada Kakitangan Kerajaan Kategori JUSA C dan ke bawah dengan pendapatan bulanan RM10,000 ke bawah
  • Sah dalam jawatan (Tetap)
  • Tinggal / Bekerja di Putrajaya (Keutamaan)
  • Keutamaan kepada pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
  • Pemohon / Pasangan belum memiliki PPA1M di mana-mana negeri / Putrajaya

 

Syarat-syarat pemilikan

  • Sekatan Moratorium 10 tahun akan dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan
  • Tidak boleh disewa / ditukar guna ruang (contoh: kepada pejabat, tadika, taska, dan lain-lain)
  • Tidak boleh mengubah fasad luaran rumah / mengecat semula
  • Tidak boleh ubahsuai tanpa Kebenaran Merancang Perbadanan Putrajaya
  • Tidak boleh menduduki kuarters kerajaan di dalam kawasan Putrajaya

JOM CEPAT DAFTAR PPAM.

KLIK LINK NI UNTUK PENDAFTARAN : WEBSITE PENDAFTARAN

 

 

KEMBALI KE HALAMAN UTAMA

 

Sharing is caring!

Facebook Comments