Sekiranya Mampu Menyimpan RM1100 Sebulan

SIMPANAN 5% + 5%

1. Sekiranya kita mampu menyimpan RM1,100 sebulan pecahkan kepada 2 tempat.

2. RM550 (5%) kita simpan dalam bentuk ‘force saving’ ASB Financing 100K dan baki RM550 (5%) dalam ASB Simpanan Biasa (Tunai).

3. Tujuan untuk ‘risk management’ sekiranya berlaku kecemasan boleh gunakan duit tunai yang kita simpan dalam ASB Simpanan Biasa.

4. Lepas setahun dapat dividen, baru convert ASB Simpanan Biasa (RM550 x 12bulan = RM6,600) kepada ASB Financing 100K untuk cukupkan sijil 200K.

5. Sekiranya berlaku kecemasan disaat ini sekurang-kurang boleh gunakan dividen dari hasil sijil 100K yang pertama (100K x 6.75% = RM6,750) ✌😉

Disclaimer: Contoh di atas hanyalah untuk tujuan illustrasi serta pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili pendapat mana-mana pihak institusi kewangan. Dividen dan kadar keuntungan bank berubah-berubah mengikut tahun.

 

 

Sharing is caring!

Facebook Comments