Takaful Hibah Keluarga – Tabung Kecemasan Buat Keluarga Tersayang

Kita tidak mampu menentukan bila kita akan meninggal dunia, tetapi kita boleh berusaha untuk mengawal impaknya kepada mereka yang paling terkesan

1. Hibah takaful adalah hadiah (tunai) yang kita berikan pada waris kita sebagai tambahan tunai untuk keluarga kita teruskan kehidupan. Prosesnya tidaklah lama macam menunggu urusan faraid selesai.

2. Seperti kita ketahui bahagian isteri dalam faraid adalah paling sikit. Haa.. part ni anda boleh study lebih dalam lagi. Nak install apps ‘i faraid’ pun boleh. Anda boleh tengok berapa bahagian untuk anda nanti. Anda sendiri pasti terkejut.

3. Bagi isteri yang tidak bekerja iaitu suri rumah. Sangat lah digalakkan ajak suami ambil hibah takaful ni untuk lindungi kewangan keluarga. Sebab kebanyakkannya suri rumah tidak mempunyai simpanan, tidak mempunyai pendapatan lain dan hanya bergantung sepenuhnya pada pendapatan suami.

Jika suami tu meninggal, apa jadi pada anak dan isteri tu nanti?

Mampu ke mereka survive?

Jika isteri keluar bekerja, anak-anak nak hantar kat pengasuh pun perlukan cash untuk bayar. Kalau nasib baik boleh lah minta pertolongan keluarga adik beradik lain untuk jagakan.

Bagi suami yang mengelat untuk ambil, kasihani lah anak dan isteri anda untuk survive. Fikir ke depan.

4. Menjadi fitrah manusia hidup berpasangan. Manusia punya nafsu dan perlukan teman. Kenapa lah kita ni dok fikir benda buruk je. Kalau aku mati, laki aku kahwin lain. Untung lah bini baru tu nanti. Allahu. Kita dah ada kat ‘dalam’. Kenapa susah-susah kita nak fikir pasangan kita ni buat apa lepas kita takda nanti.

Kita patut risaukan akhirat kita. Bagaimana nak menambah saham akhirat kita, bagaimana kita nak peroleh tambahan pahala.

5. Hibah takaful tadi kita juga boleh sedekahkan atau wakafkan pada mereka yang memerlukan. Ramai orang di luar sana yang tidak bernasib baik. Kita bantu selagi kita mampu. InshaaAllah niat kita baik, Allah permudahkan hajat kita.

And last sekali bagaimana anak bini kita nak teruskan kehidupan kalau kita sendiri punya hutang yang banyak. Adakah mereka perlu mewarisi hutang atau harta kita? Fikirkan.

Kita perlu fikir lebih jauh dan benda lebih penting. Moga dapat artikel ni dapat membuka minda bagi mereka yang masih was-was dengan hibah takaful ni.

Baik lelaki atau perempuan anda juga digalakkan ambil hibah takaful ni. Protect each other (suami isteri). Baru lah terbukti cinta sejati. 😃

Bestkan ada ambil Pelan Hibah Takaful ni, boleh buat macam ni, Suami ambil Hibah untuk Isteri, Isteri pula ambil Pelan Hibah Takaful untuk suami. Jadinya masing-masing ada pelan yang saling membantu.

Nak saya buatkan kira-kira Pelan Hibah Takaful yang mampu milik buat anda ? Jom saya kongsikan ilmu secara Percuma. Hubungi saya sekarang.

 

Sharing is caring!

Share

Facebook Comments