Tentang Kempen Pemilikan Rumah 2019 atau “Home Ownership Campaign (HOC) 2019

Berita baik untuk pemburu hartanah ataupun yang ingin membeli rumah pertama di Malaysia, beli rumah menggunakan Kempen Pemilikan Rumah 2019 atau dalam bahasa lainnya adalah Home Ownership Campaign (HOC). Kempen ini merupakan inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan bagi membantu merancakkan lagi industri hartanah negara.

Home Ownership Campaign (HOC) ni telah dilanjutkan daripada 30 Jun 2019 hingga hujung tahun 2019 iaitu 31 Disember 2019. Bagi yang ketinggalan untuk menggunakan kempen ni, masih lagi berpeluang dan mendapat pelbagai manfaat yang banyak.

Apa yang menariknya tentang Home Ownership Campaign (HOC) ni ?

  • Duti setem dikurangkan sebanyak 3% bagi hartanah yang berharga antara RM1 – 2.5. Di sini duti setem 3% hanya akan dikenakan ke atas jumlah baki selepas RM1 juta. Sebagai contoh, jika harga hartanah adalah RM1.5 juta, yuran 3% dikenakan hanya pada RM500,000.
  • Caj duti setem 0.5% pada perjanjian pinjaman anda juga akan dikecualikan – sah untuk hartanah bernilai sehingga RM2.5 juta.
  • Pembeli rumah akan menikmati diskaun tambahan 10% pada harga pembelian. Pemaju hartanah perlu menawarkan sekurang-kurangnya diskaun 10% untuk projek kediaman mereka bagi mendaftarkan projek perumahan mereka di bawah HOC. Diskaun diberikan berdasarkan harga permit iklan dan jualan (APDL) yang diluluskan dan harus dipaparkan dalam SPA. Bagi hartanah di mana APDL tidak lagi sah (untuk projek yang telah memperoleh CCC), diskaun 10% adalah berdasarkan harga jualan.
  • Pengecualian duti setem  memorandum tukar hak milik (MOT) untuk rumah yang berharga antara RM 300,001 hingga RM1 juta. Rumah yang berharga kurang daripada RM 300,000 tidak layak untuk pengecualian.

Melalui kempen HOC ini akan menjimatkan poket anda. Sebelum ini, pembeli rumah terpaksa membayar duti setem sebanyak 1% untuk RM 100,000 pertama, seterusnya 2% untuk 100,001 hingga 500,000 dan 3% untuk 500,001 hingga 1 juta. Sekilas pandang, ini mungkin tidak kelihatan banyak.

Walaubagaimana pun , Home Ownership Campaign (HOC) 2019 ini hanya terhad untuk pembelian rumah primer sahaja, iaitu rumah yang baru dibina oleh pemaju dan bukannya rumah subsale.

Pembeli rumah di bawah HOC tidak perlu membayar apa-apa bayaran sama ada kepada pemaju, REHDA atau kerajaan. Hanya pemaju dikenakan bayaran pendaftaran dan pensijilan.

Kesimpulannya, bagi yang layak adalah digalakkan untuk membeli rumah dengan menggunakan Kempen pemilikan rumah 2019 ini (Home Ownership Campaign 2019).

Nak tahu lokasi hartanah dan harga yang ditawarkan oleh pemaju melalui Home Ownership Campaign 2019 ? boleh hubungi saya segera sebelum habis terjual.

 

Sharing is caring!

Facebook Comments