Tips Dan Cara Beli Rumah Untuk Golongan Perniaga

Bagaimana cara nak beli rumah terutamanya untuk usahawan dan perniaga ?. Jom baca perkongsian di bawah tentang tips dan cara beli rumah:

1. Buat kajian dan pilih kawasan perumahan yang anda nak beli dari segi geografi@ekonomi ikut tujuan anda.

2. Cari pemaju & buat bayaran booking fee,jumlah bayaran booking pemaju yg tetapkan dalam lingkungan RM500 keatas jika loan anda tak lulus duit booking fee ni akan dikembalikan (perkara ni kena tanya dari awal). Lepas buat bayaran booking anda akan dapat 1 dokumen iaitu SALE & PURCHASE AGREEMENT S&P. Bawa dokumen ini ke bank yang pemaju syorkan @ bank yang anda nak buat loan.

3. Bank akan minta:

a) SSM & IC.

b) Penyata kewangan untung/rugi unutk 2 tahun. Ini bagi yang berniaga. Dokumen ini kita akan dapat bila kita buat dengan juru audit bertauliah. Segala resit beli stok & perbelanjaan bil, juru audit ni yang akan kira untuk kita, Bagi yang bergaji, bank akan minta slip gaji untuk beberapa bulan.

c) Slip bank akaun semasa, siapa yang bisnes tak buat akaun bank semasa sangatlah rugi sebab bank nak tengok benda ni duit keluar masuk bisnes kita.

d) Lengkapkan dokumen E-Filing. Kena daftar online dalam laman web LHDN. Dalam dokumen E-Filing ade nombor Cukai pendapatan kita nombor cukai pendapatan kita sangat penting.

e) Slip bayar cukai pendapatan ke LHDN, dokumen ni bank pon nak 2 tahun, sebab bank nak tengok macam mana tumbesaran bisnes kita. Dokumen ni jgn risau juru audit bole settel kan unutk kita juga.

f) 10% deposit daripada harga rumah yang kita nak beli.

g) Tak cukup dengan 10% deposit anda kene lebihkan duit untk YURAN GUAMAN, YURAN PINDAH NAMA PEMILIK & DUTY SETEM, serta YURAN PENILAIAN RUMAH. Jumlah semuanye mungkin 5% dari harga rumah. So kene standby duit lebih sikit. Kalau anda bernasib baik ada pemaju yang tanggung semua kos ini.

4. Lengkap semua dokumen di atas semoga permohonan kita lepas dari segi “scoring bank“ & clear dari CCRIS. Kalau ada tunggakan PTPTN cepat-cepatlah clearkan kalau tak memang permohonan kita gagal.

5. Jika permohanan bank luluskan, kita dah boleh bayar baki deposit + duit booking masa mula-mula nak dapatkan S&P. Kemudian boleh buat segala bayaran urusan bank & guaman.

6. Proses terakhir makan masa sikit ikut bank & pihak peguam uruskan macam mana. Bila loan kita lulus & masuk dalam poket pemaju kita dah boleh dapat.

 

 

Sharing is caring!

Facebook Comments